Anda di sini

Tiga rumah terbakar di Kg Nangka, 16 penghuni hilang tempat tinggal

Advertisement
Pasukan bomba sedang menjalankan pemadaman dalam kebakraan yang memuwnahkan tiga buah rumah di Kpg Nangka di sini pagi tadi.
Pasukan bomba sedang menjalankan pemadaman dalam kebakraan yang memuwnahkan tiga buah rumah di Kpg Nangka di sini pagi tadi.

SIBU: Seramai 16 penghuni hilang tempat tinggal selepas tiga rumah yang mereka didiami musnah dalam kebakaran di Jalan Kampung Nangka di sini, pagi Sabtu.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 4 Sibu PgKB I Andy Alie berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 10.44 pagi.

Menurutnya, seramai 30 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Sentral, BBP Sungai Merah dan BBP Sibu Jaya telah dikerahkan ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian, pihak kami mendapati kebakaran melibatkan tiga rumah jenis tidak kekal.

"Rumah pertama berukuran 20x30 kaki, rumah kedua berukuran 20x80 kaki dan rumah ketiga berukuran 20x60 kaki telah terbakar 100 peratus," katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Api marak memusnahkan tiga rumah yang menyebabkan 16 penghuni hilang tempat tinggal di Jalan Kampung Nangka, Sibu pagi Sabtu.
Api marak memusnahkan tiga rumah yang menyebabkan 16 penghuni hilang tempat tinggal di Jalan Kampung Nangka, Sibu pagi Sabtu.

Bagaimanapun katanya, tiada kecederaan mahupun kehilangan jiwa dilaporkan dalam musibah itu.

"Pemadaman dijalankan dengan lancar dan Pasukan Keluaran Operasi (PKO) dengan menggunakan teknik defensif dan melakukan 'fire break' di kiri dan kanan rumah berhampiran.

"Anggota bomba membentang hos hantaran 300 kaki, dua aliran salur bantu mula dua nozel dari BBP Sibu Sentral, manakala dua aliran salur bantu mula dua nozel dari BBP Sungai Merah dengan sumber air dari tangki jentera dan pili bomba berhampiran," jelasnya.

Andy berkata, api berjaya dikawal pada jam 12 tengah hari dan operasi tamat pada jam 1 petang.

Punca kebakaran masih dalam siasatan Unit Penyiasatan Kebakaran JBPM Zon 4 Sibu.
 

  • oleh
  • Advertisement