Anda di sini

Pertandingan bola sepak dapat cungkil bakat golongan belia dalam sukan bola sepak

Advertisement
 Ewon merakamkan gambar kenangan bersama semasa pertandingan terbabit.
KENANGAN: Ewon merakamkan gambar kenangan bersama semasa pertandingan terbabit.

KOTA BELUD: Pertandingan bola sepak bukan sahaja membudayakan amalan gaya hidup sihat dan mengukuhkan ikatan persahabatan dalam antara peserta tetapi dapat mencungkil bakat golongan belia dalam sukan bola sepak.

Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Datuk Ewon Benedick berkata beliau juga menyarankan agar pertandingan seumpama dapat diteruskan di selurih Sabah.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan penutupan Kejohanan Bola Sepak Sembilan Sebelah Zon A membabitkan Kota Belud, Kota  Marudu dan Kudat Piala UPKO di Padang Dudan Kampung Piasau di sini.

Ewon yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian turut memuji kejayaan usaha Exco Pemuda UPKO menganjurkan kejohanan itu.

“Saya menyokong menyokong supaya satu pertandingan diadakan di antara juara-juara sembilan Zon seluruh Sabah,” katanya.

Karnival Bola Sepak Sembilan Sebelah Bagi Zon A anjuran Exxo Pemuda UPKO sempena Hari Malaysia diadakan selama dua hari di Padang Dudan Kampung Piasau dan Padang Layu  Kampung Kaung Malaan.

Kejohanan disertai 26 pasukan dan johan menerima hadiah wang tunai RM1,000, tempat kedua RM700, ketiga RM500 serta keempat RM300 dan kesemua pemenang masing-masing menerima sebuah piala dan medal.

Turut hadir Setiausaha Politik Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) Carl Moosom, Naib Presiden yang juga Ketua Pemuda UPKO Felix Joseph Saang, Ketua Pemuda UPKO Kota Belud Jolyheme Saran, Ketua Bahagian UPKO Kota Marudu Jamil Majingkin dan Ketua Pemuda UPKO Kudat Edbery Kohiya.

Sementara itu Felix berkata, setakat ini sebanyak  lima zon iaitu Zon A, Zon B, Zon C, Zon H dan Zon I selesai menganjurkan kejohanan itu. 

Zon A merangkumi Kota Belud, Kota Marudu dan Kudat, Zon B Tuaran dan Sepanggar, Zon C Penampnag, Kota Kinabalu dan Putatan, Zon H Beluran, Kinabatangan dan Libaran manakala Zon I pula meliputi Tenom dan Pensiangan.

Felix berkata, kejohanan itu bertujuan menyemarakkan semangat Hari Pembentukan Malaysia dalam kalangan rakyat Malaysia khususnya di Sabah.

“Kita mahu belia dan generasi baharu masa kini memahami dan menghayati sejarah pembentukan Malaysia,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement