Anda di sini

Penghuni Piasau Camp terkejut bumbung rumah dihempap dahan pokok

Advertisement
Bomba melakukan pemeriksaan bahagian bumbung yang rosak akibat dihempap dahan pokok.
Bomba melakukan pemeriksaan bahagian bumbung yang rosak akibat dihempap dahan pokok.

MIRI: Penghuni sebuah rumah di Piasau Camp, Jalan Pantai dikejutkan dengan kejadian dahan pokok yang menghempap bumbung rumah dalam kejadian awal pagi pada Sabtu. 

Ketua Bahagian Penyiasatan Kebakaran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon 6 Miri Awangku Mohd Hazmin Awang Zainal berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian terbabit kira-kira jam 3.03 pagi. 

“Sepasukan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Lutong bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan berkenaan. 

“Setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian mendapati benar berlakunya kejadian dahan pokok tumbang yang merosakkan bumbung rumah tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini. 

Awangku Mohd Hazmin berkata setelah pemeriksaan dilakukan di kawasan rumah tersebut mendapati kejadian tidak melibatkan bahaya kepada penghuni rumah.

“Hanya sedikit pada hujung bumbung yang rosak disebabkan dihempap dahan pokok yang buruk. 

“Pasukan bomba hanya memberi khidmat nasihat kepada pemilik rumah tersebut agar menghubungi pihak kontraktor untuk tujuan membaik pilih bumbung yang rosak tersebut,” ujarnya. 

Setelah memastikan keadaan di lokasi selamat, operasi ditamatkan pada jam 3.24 pagi. 
 

  • oleh
  • Advertisement