Anda di sini

Mayat wanita terbaring di katil ditemukan dalam rumah terkunci

Advertisement
 Keadaan mayat mangsa dalam keadaan terbaring di atas katil.
MAUT: Keadaan mayat mangsa dalam keadaan terbaring di atas katil.

PENAMPANG: Mayat wanita warga emas ditemui oleh pasukan bomba selepas membuka pintu rumah yang terkunci di Taman Suria di sini kelmarin.

Jurucakap Pusat Gerakan (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata mangsa berumur 82 tahun itu ditemukan dalam keadaan terbaring di atas katil oleh pasukan bomba.

“Panggilan kecemasan berhubung kejadian diterima pada jam 6.49 petang sebelum menggerakkan sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang bersama jentera.

"Sebaik tiba di lokasi itu, pasukan bomba menggunakan peralatan khas untuk membuka pintu rumah yang terkunci,” katanya.

Menurutnya sebaik pintu berjaya dibuka, terdapat seorang penghuni berada di dalam rumah dan disahkan meninggal dunia oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi keseluruhan ditamatkan jam 7.23 malam," katanya.

  • oleh
  • Advertisement