Anda di sini

Lelaki hilang di hutan sejak Ahad ditemukan selamat

Advertisement
 Pasukan SAR semasa menjalankan operasi pencarian di sekitar kawasan Kampung Lubuk Darat.
SAR: Pasukan SAR semasa menjalankan operasi pencarian di sekitar kawasan Kampung Lubuk Darat.

SIPITANG: Seorang lelaki berumur 33 tahun yang dikhuatiri hilang selepas tidak pulang ke rumah di Kampung Lubok Darat di sini sejak Ahad ditemukan dalam keadaan selamat.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata mangsa ditemukan enam kilometer dari Post Kawalan Bencana (PKB).

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang dijalankan pada hari ketiga dimulakan pada jam 9.20 pagi.

“Pencarian dijalankan di kawasan Kampung Lubuk Darat dan mangsa ditemukan di Kampung Sapok dalam keadaan selamat pada jam 4.55 petang,” katanya.

Terdahulu mangsa dikatakan keluar ke hutan untuk mencari buah tetapi tidak kembali ke rumah sehingga empat hari.

“Panggilan kecemasan berhubung kejadian diterima pada jam 1 tengah hari Khamis sebelum sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sipitang bersama jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) digerakkan ke lokasi kejadian. 

"Pasukan bomba kemudian bertindak mendapatkan maklumat mangsa dan seterusnya memulakan operasi mencari dan menyelamat (SAR) sekitar kawasan kampung,” katanya

Menurutnya, operasi SAR turut disertai Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan penduduk kampung.

  • oleh
  • Advertisement