Anda di sini

GPS bertanding di semua kerusi dalam pilihan raya akan datang

Advertisement
Fadillah berucap semasa Konvensyen Khas PBB Zon Kuching di Hikmah Exchange, hari ini. - Gambar Chimon Upon
Fadillah berucap semasa Konvensyen Khas PBB Zon Kuching di Hikmah Exchange, hari ini. - Gambar Chimon Upon

KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan bertanding di semua kerusi dalam mana-mana pilihan raya akan datang. 

Naib Presiden Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Dato Sri Fadillah Yusof berkata pendirian ini adalah untuk memastikan Sarawak terus stabil dan maju. 

Malah katanya, pendirian ini disokong sepenuhnya ahli-ahli PBB seluruh Sarawak. 

"PBB sebagai tonggak utama GPS haruslah sentiasa memastikan perpaduan dan kekuatan GPS. 

"Kita akan menentang apa juga usaha untuk melemahkan dan memecahbelahkan GPS. 

"Komponen-komponen parti dalam GPS juga dituntut sehaluan dalam membuat keputusan malah harus menghormati asas penubuhan dan perjuangan GPS," katanya. 

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Konvensyen Khas PBB 2023 Zon Kuching di Hikmah Exchange di sini, hari ini. 

Terdahulu dalam ucapannya, Fadillah berkata PBB telah berjaya melalui pelbagai cabaran sejak penubuhannya dan antara yang paling penting sekali pada tahun 2018, ketika kekalahan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum (PRU). 

Ketika itu katanya, PBB merupakan sebuah parti yang kecil dalam BN dan apapun keputusan yang hendak dibuat ketika itu perlu mengambil kira pandangan seluruh parti komponen yang lain. 

"GPS, gabungan baharu yang diilhamkan Premier kita telah mengubah landskap politik Sarawak dan juga Malaysia. 

"Berdasarkan tema Utamakan Sarawak, pimpinan kita telah mula memperhebatkan lagi perjuangan untuk menuntut hak Sarawak dan memperkenalkan pelbagai inisiatif untuk melonjakkan Sarawak ke tahap yang lebih tinggi," katanya. 
 

  • oleh
  • Advertisement