Anda di sini

Beberapa kawasan rendah di Tutoh dilanda banjir

Advertisement
Sebahagian kawasan rendah Rumah Sultan Anai di Kuala Bok, Tinjar dilanda banjir.
Sebahagian kawasan rendah Rumah Sultan Anai di Kuala Bok, Tinjar dilanda banjir.

MARUDI: Beberapa kawasan rendah di kawasan Tutoh dilanda banjir berikutan hujan lebat tanpa henti sejak beberapa hari lalu. 

Menurut seorang penduduk dari Long Panai atau Uma Belevoh memberitahu rumah panjang lebih 70 pintu di tepi tebing Sungai Tutoh dilanda banjir dua hari lalu setinggi dua kaki. 

Menurutnya, Long Panai tidak terkecuali kerana kampung itu memang mudah banjir.

"Kawasan kampung ini agak rendah sama seperti bangunan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tutoh Apoh yang didirikan di tanah rendah.

"Selain itu, perkampungan suku Berawan di Batu Belah, Long Pahlo dan rumah panjang juga didirikan di tepi tebing Sungai Tutoh," katanya.

Sementara itu, sebelah hilir Baram seperti di Tanjong Opar, Logan Tasong dan Rumah Jipun Jantan turut dimasuki air.

"Beberapa buah rumah di Tinjar juga dilanda banjir kilat seperti Rumah Sultan Anai di Kuala Bok dan kawasan rendah dilaporkan putus perhubungan ke Miri mahupun Beluru, Bakong dan sebagainya," jelas beliau.
 

  • oleh
  • Advertisement