Anda di sini

Bahagian hujung Jalan McDougall menuju ke Padang Merdeka ditutup

Advertisement
Lokasi penutupan jalan bagi Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sarawak sempena Sambutan Perayaan 60 Tahun Sarawak Merdeka pada 28 September ini.
Lokasi penutupan jalan bagi Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sarawak sempena Sambutan Perayaan 60 Tahun Sarawak Merdeka pada 28 September ini.

KUCHING: Bahagian hujung Jalan McDougall menghala ke Padang Merdeka telah ditutup untuk melancarkan persiapan bagi Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sarawak sempena Sambutan Perayaan 60 Tahun Sarawak Merdeka pada 28 September ini.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah memberitahu, jalan terbabit telah ditutup pada jam 3 petang 22 September bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pemasangan pentas utama.

Menurutnya, raptai untuk majlis berkenaan akan diadakan pada 26 September bermula jam 8 pagi hingga selesai.

"Jalan berkenaan akan dibuka semula setelah majlis berkenaan selesai," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Oleh itu katanya, orang ramai yang melalui Jalan McDougall menghala ke Padang Merdeka dinasihatkan untuk membuat pusingan 'U' di hadapan Plaza Aurora.

"Orang ramai diingatkan untuk tidak meletakkan kenderaan di bahu jalan supaya tidak menggangu kelancaran lalu lintas.

"Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Kuching menerusi talian 082-259900," jelasnya.
 

  • oleh
  • Advertisement