Anda di sini

Jalan mula dinaiki air, dikhuatiri paras air terus naik susulan hujan lebat berterusan semalam

Advertisement
 Air kelihatan terus melimpah ke parit kecil dan saliran tali air sawah padi semasa tinjauan di buat pada pagi Jumaat.
BANJIR: Air kelihatan terus melimpah ke parit kecil dan saliran tali air sawah padi semasa tinjauan di buat pada pagi Jumaat.

MEMBAKUT: Sebahagian pengguna di jalan pintas Paroo-Tahak terjejas berikutan laluannya dinaiki air, susulan hujan lebat berterusan sejak petang kelmarin.


Tinjauan pada pagi mendapati air dari perparitan kecil melimpah ke jalan raya berikutan tebing sistem pengairan dan saliran yang agak tinggi.


Limpahan air itu menyebabkan jalan raya digenangi air, namun masih boleh dilalui kenderaan.


Bagaimanapun, limpahan air itu menyebabkan jalan raya yang tidak berturap menjadi becak serta berlubang-lubang.


Keadaan ini menyebabkan keadaan jalan tidak rata dan boleh mengundang bahaya serta kerosakan terhadap kenderaan terutama yang kecil dan kompak.

 Laluan utama ketika ini digenangi air dan terus menunjukkan peningkatan susulan hujan lebat semalam sekaligus menyebabkan jalan tidak berturap pintas Paroo-Tahak ditenggelami air.
BAHAYA: Laluan utama ketika ini digenangi air dan terus menunjukkan peningkatan susulan hujan lebat semalam sekaligus menyebabkan jalan tidak berturap pintas Paroo-Tahak ditenggelami air.


Air yang melimpah itu dipercayai dari Sungai Membakut yang parasnya naik, susulan hujan lebat di bahagian ulu sejak petang kelmarin.


Tinjauan kali kedua menunjukkan paras air semakin meningkat dan limpahan air bertambah deras sehingga menyebabkan paras air di jalan tidak berturap pintas Paroo-Tahak lebih dalam berbanding pada pagi.


Cuaca pada sebelah petang tidak hujan namun kelihatan mendung dan dikhuatiri akan hujan pada malam hari.


Tinjauan Utusan Borneo ke pekan lama Membakut menunjukkan paras air mula meningkat, dan satu deret kedai lama berhampiran Sekolah Tadika Pei You telah dimasuki air, yang memaksa peniaga menghentikan operasi bagi mengalihkan barangan masing-masing ke tempat tinggi.

  • oleh
  • Advertisement