
SANDAKAN: Tiga buah buku bertajuk 'Call Me Lee Lam Thye: Recalling a Life Time of Service' telah disumbangkan kepada perpustakaan daerah ini.
Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Karamunting Datuk Chew Kok Woh berkata, beliau telah membeli tiga buah buku masing-masing dalam Bahasa Melayu, Inggeris dan Mandarin.
"Saya menyerahkan buku-buku ini kepada perpustakaan di sini bagi membolehkan orang-orang Sandakan lebih mengenal Penulisnya, Tan Sri Lee Lam Thye.
"Lee adalah seorang aktivis sosial lagenda yang sentiasa membantu masyarakat tanpa mengira masa, kaum ataupun agama," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Majlis penyerahan itu turut disaksikan Lee sendiri yang hadir ke perpustakaan itu. Hadir sama ialah Pengurus Perpustakaan Sandakan Cecilia Chai.