Anda di sini

Bomba berjaya buka pintu kereta terkunci dari dalam

Advertisement
Pintu kereta yang terkunci dari dalam itu berjaya dibuka oleh anggota bomba.
Pintu kereta yang terkunci dari dalam itu berjaya dibuka oleh anggota bomba.

MIRI: Seorang lelaki panik apabila pintu keretanya terkunci dari dalam dan tidak dapat dibuka dalam kejadian di Pasar Lutong di sini, pagi Jumaat. 

Bimbang dengan kejadian itu, lelaki tersebut terus menghubungi talian kecemasan bagi meminta bantuan membuka pintu keretanya.

Ketua Bahagian Penyiasatan Kebakaran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 6 Miri Awangku Mohd Hazmin Awang Zainal berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kejadian terbabit pada jam 8.27 pagi. 

“Sepasukan lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Lutong diarahkan ke lokasi yang jaraknya sekitar tujuh kilometer dari balai selepas menerima panggilan berkenaan. 

“Setelah membuat pemeriksaan, ketua pasukan mengarahkan anggotanya menggunakan ‘lock tool’ untuk membuka kunci kereta dan pintu berjaya dibuka,” katanya dalam satu kenyataan media di sini. 

Setelah memastikan pintu kereta berjaya dibuka, operasi ditamatkan pada jam 8.50 pagi.  
 

  • oleh
  • Advertisement