Anda di sini

BDDA muktamadkan senarai projek di bawah pelan pelaksanaan fasa kedua

Advertisement
Uggah (depan, tengah) bersama wakil-wakil rakyat Bahagian Betong serta yang lain merakamkan kenangan pada sesi makmal di Betong, pada Jumaat.
Uggah (depan, tengah) bersama wakil-wakil rakyat Bahagian Betong serta yang lain merakamkan kenangan pada sesi makmal di Betong, pada Jumaat.

KUCHING: Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) telah memuktamadkan senarai projek pembangunannya di bawah pelan pelaksanaan fasa kedua.

Perbincangan teliti mengenai projek-projek ini telah diadakan semasa makmal dua hari di Betong, yang mana majlis penutupannya dirasmikan Pengerusi BDDA Datuk Amar Douglas Uggah Embas, hari ini.

Beliau juga merupakan peserta dan turut sama ADUN Layar Dato Gerald Rentap Jabu, Ahli Parlimen Betong Dr Richard Rapu dan ADUN Saribas Mohd Razi Sitam.

"Kami telah mencapai kata sepakat mengenai senarai projek untuk pelaksanaan fasa kedua.

"Kami juga mengadakan perbincangan terperinci mengenai sebarang isu berkaitan pelaksanaannya," kata Uggah yang juga Timbalan Premier berucap pada majlis penutupan.

"Kita mahu semua projek yang dilaksanakan dapat disiapkan tepat pada masanya dan mengikut spesifikasi.

"Kami juga telah memutuskan jabatan atau agensi kerajaan paling relevan yang diamanahkan untuk melaksanakannya."

Beliau optimis apabila semua projek BDDA berjaya dilaksanakan, ia akan membawa manfaat yang besar termasuk peluang perniagaan untuk orang di bahagian itu.

Sehubungan itu, beliau berharap mereka akan memberikan kerjasama dan sokongan sepenuhnya semasa pelaksanaannya.

Turut hadir wakil rakyat lain termasuk ADUN (Krian) Friday Belik, Mohamad Duri (Kalaka), Mohd Chee Kadir (Kabong), Razaili Gapor (Beting Maro) dan Dayang Noorazah Awang Sohor (Lingga).

Selain itu, Residen Betong Richard Micheal Abunawas, Pegawai Pentadbiran Khas BDDA Abang Mohamad Abang Trukey, Setiausaha Politik Premier Sarawak Roseline Mapong dan ketua-ketua jabatan dan agensi kerajaan di bahagian itu.
 

Advertisement