
TAWAU: Universiti Teknologi MARA Cawangan Sabah (UiTMCSH) Kampus Tawau menerima kunjungan rasmi Ketua Polis Bantuan UiTM, baru-baru ini.
Kunjungan itu adalah lawatan kerja Ketua Polis Bantuan UiTM Deputi Superintenden Zakaria Ishak bersama Timbalan Pegawai Keselamatan, Asisten Superintenden Zaidi Razali.
Koordinator UiTMCSH Kampus Tawau, Muliyadi Guliling berkata, lawatan itu sangat bermakna terutamanya perbincangan mengenai keselamatan di kampus ini.
Katanya, banyak isu-isu mengenai Unit Polis Bantuan di UiTMCSH Kampus Tawau telah bincangkan antara kedua-dua pihak.
“Kita banyak mendapat maklumat melalui perkongsian daripada Zakaria khususnya mengenai dasar, hala tuju dan agenda Polis Bantuan UiTM.
“Beliau juga turut mengingatkan supaya semua anggota Polis Bantuan, UiTMCSH Kampus Tawau sentiasa peka dalam menjalankan tugas dan menerapkan nilai-nilai ESI iDART UiTM,” katanya.
Muliyadi yakin kunjungan yang julung kali diadakan Ketua Polis Bantuan UiTM ini dapat memberi manfaat kepada UiTMCSH Kampus Tawau.
“Justeru, saya berharap Unit Polis Bantuan, UiTMCSH Kampus Tawau dapat mempraktikkan segala maklumat yang disampaikan menerusi kunjungan ini,” katanya.