
KENINGAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor, Datuk Robert Tawik menghulurkan sumbangan kepada Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Baginda yang diterima oleh Pengerusinya, Ahamin Salim yang disampaikan sendiri oleh Robert.
Ahamin memberitahu Jiran Muda KRT Kg Baginda akan mewakili Sabah untuk membentangkan inovasi terbaik sempena Anugerah Perdana Rukun Tetangga Peringkat Kebangsaan kategori inovasi terbaik pada penghujung bulan ini di Mini Dewan Baginda.
Menurutnya ia adalah kali kedua KRT Baginda layak ke kelompok empat terbaik kebangsaan dalam kategori yang sama.
Mengulas lanjut Ahamin berkata, Jiran Wanita turut terpilih mewakili Sabah empat terbaik kebangsaan bagi Kategori Pengurusan Jiran Wanita Terbaik Kebangsaan.
Katanya , kedua-dua kumpulan itu akan ke Kuala Lumpur bagi tujuan yang sama sebelum keputusan diumumkan.