Anda di sini

KePKAS sokong wujudkan padang golf di Kuala Penyu

Advertisement
 Christina (tengah) bersama Wences semasa menerima kunjungan delegasi Kelab Golf dan Desa Kuala Penyu.
KUNJUNGAN: Christina (tengah) bersama Wences semasa menerima kunjungan delegasi Kelab Golf dan Desa Kuala Penyu.

KOTA KINABALU: Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KePKAS) menyokong cadangan untuk membangunkan padang golf pertama di Kuala Penyu bagi tujuan sektor pelancongan sukan itu.

Menterinya Datuk Christina Liew berkata, perkara itu dicadangan oleh Kelab Golf dan Desa Kuala Penyu menerusi presidennya Tan Sri Wences Angang.

Katanya, KePKAS memuji kelab ini atas inisiatifnya ingin mewujudkan sebuah padang golf bertaraf antarabangsa berhampiran hotel lima bintang di Kuala Penyu.

“Kami akan cuba membantu mengikut kapasiti KePKAS bagi memastikan kelab ini dapat merealisasikan untuk mewujudkan padang golf itu.

“Kemudahan sukan ini dilihat dapat mengubah landskap Kuala Penyu serta mampu menarik pelancong antarabangsa dan domestik,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika menerima kunjungan hormat delegasi Kelab Golf dan Desa Kuala Penyu yang diketuai Wences, di sini pada Selasa.

Sementara itu, Wences berkata, cadangan pelan pembangunan itu termasuklah rumah kelab untuk pentadbiran dan padang golf yang berkeluasan 107 ekar berhadapan pantai.

“Kami mensasarkan pembangunan itu adalah dalam tempoh lima tahun untuk disiapkan sepenuhnya dan boleh digunakan untuk tujuan sektor pelancongan,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement