Anda di sini

IPD Penampang, SESB potong bekalan elektrik di premis judi tanpa lesen

Advertisement
 Kakitangan SESB dan pegawai polis semasa menjalankan Op Dadu di sini.
OPERASI: Kakitangan SESB dan pegawai polis semasa menjalankan Op Dadu di sini.

PENAMPANG: Bahagian Siasatan Jenayah Daerah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang bersama Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) menjalankan operasi pemotongan bekalan elektrik terhadap premis yang menjalankan aktiviti perjudian tanpa lesen melalui Op Dadu di sini.

Ketua Polis Daerah Penampang, Superintendan Sammy Newton berkata tindakan pemotongan bekalan ini elektrik dilakukan mengikut peruntukan Seksyen 21A Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

“Kehadiran pihak SESB dalam operasi kali ini dapat memastikan proses pemotongan elektrik dibuat dengan betul dan selamat,” katanya semasa mengetuai Op Dadu terbabit.

Beliau berkata tindakan ini juga adalah amaran serius Polis Penampang dalam membenteras sebarang aktiviti perjudian haram di Penampang.

“Orang ramai juga diminta melaporkan sebarang informasi mengenai sebarang kejadian jenayah dalam daerah ini kepada pihak polis untuk tindakan pencegahan,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement