Anda di sini

Anugerah MANIS memartabat pendidikan daerah Papar

Advertisement
 Pegawai Pendidikan Daerah Papar, Bakri Sudin (dua kiri) menyampaikan cendera kenangan kepada Ghulam selepas perasmian program itu.
TERIMA KASIH: Pegawai Pendidikan Daerah Papar, Bakri Sudin (dua kiri) menyampaikan cendera kenangan kepada Ghulam selepas perasmian program itu.

KOTA KINABALU: Seiring usaha memartabat agenda pendidikan, Pejabat Pendidikan Daerah Papar mengadakan Majlis Anugerah Inspirasi Akademik (Manis) Sektor Pembelajaran 2023 di sini kelmarin.

Majlis bertujuan memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada pengetua, guru besar dan kepimpinan sekolah, dalam meningkatan pencapaian akademik .

Anugerah diperkenal bagi memotivasi dan menginspirasikan pentadbir dan guru-guru mendidik murid serta pelajar di pelbagai peringkat.

 Ghulam ketika berucap merasmikan majlis Anugerah Manis PPD Papar kelmarin.
RASMI: Ghulam ketika berucap merasmikan majlis Anugerah Manis PPD Papar kelmarin.

Bertemakan `Guru berkualiti pemacu kemenjadian murid', kira-kira 200 anugerah dan penghargaan disampaikan kepada penerima.

Anugerah Manis kali kedua itu dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawang, Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar.

Dalam ucapannya, Ghulam yang juga Pengarah Kumpulan Yayasan Sabah memuji inisiatif Pejabat Pendidikan Daerah Papar memperkenalkan anugerah Manis itu.

 Ghulam menyampaikan anugerah kepada seorang penerima sempena majlis itu.
TAHNIAH: Ghulam menyampaikan anugerah kepada seorang penerima sempena majlis itu.

Beliau berkata sememangnya wajar jasa dan pengorbanan warga pendidik dihargai dan diiktiraf.

"Ini suatu langkah yang amat baik dan wajar diteruskan, seiring usaha mengangkat agenda pendidikan negeri, meningkatkan prestasi pendidikan daerah," katanya.

Beliau berharap penghargaan dan pengiktirafan itu menjadi pencetus semangat kepada semua sekolah di daerah Papar untuk mengembleng tenaga memartabatkan kecemerlangan pendidikan.

 Ghulam ketika disambut warga pendidik sempena majlis Anugerah Manis kelmarin.
SAMBUTAN: Ghulam ketika disambut warga pendidik sempena majlis Anugerah Manis kelmarin.

Ghulam optimis daerah Papar boleh menjadi hub kecemerlangan pendidikan peringkat rendah hingga menengah dalam masa sedikit masa lagi.

Katanya, keyakinan itu berdasarkan semangat dan komitmen tinggi warga pendidik daerah ini sejak dahulu hingga sekarang.

"Saya sememangnya mengharapkan agar usaha murni selama ini dapat diteruskan secara konsisten," katanya.

 Ghulam (tengah) bersama pegawai pendidikan dan warga pendidik daerah Papar mengabadikan foto kenangan.
ALBUM: Ghulam (tengah) bersama pegawai pendidikan dan warga pendidik daerah Papar mengabadikan foto kenangan.

Menurutnya, keputusan SPM dan STPM tahun 2022 bagi daerah Papar sangat memberangsangkan.dan mengatasi banyak daerah di Sabah.

Katanya, kejayaan itu tidak datang secara bergolek atau kebetulan, tetapi dengan kesungguhan, komitmen yang konsisten secara berterusan.

"Ia ditambah pula dengan sokongan dan dokongan Pejabat Pendidikan Daerah Papar dengan program yang berkesan dan strategik," katanya.

 Ghulam menyampaikan anugerah kepada sebuah sekolah yang menerimanya pada majlis penyampaian itu kelmarin.
MANIS: Ghulam menyampaikan anugerah kepada sebuah sekolah yang menerimanya pada majlis penyampaian itu kelmarin.
  • oleh
  • Advertisement