Anda di sini

33 PTI tiada dokumen pengenalan diri sah ditahan dalam Op Bersepadu

Advertisement
 Pihak polis memeriksa dokumen salah seorang warga asing dalam Op Bersepadu PTI IPD Keningau.
PTI: Pihak polis memeriksa dokumen salah seorang warga asing dalam Op Bersepadu PTI IPD Keningau.

KENINGAU: Seramai 33 Pendatang Tanpa Izin (PTI) ditahan dalam Op Bersepadu Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Keningau selepas gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

Ketua Polis Daerah Keningau Superintendan Yampil Garai berkata Operasi Bersepadu itu dijalankan di beberapa kawasan setinggan di sini membabitkan beberapa agensi lain iaitu Jabatan Immigresen Malaysia (JIM) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). 

“Seramai 80 orang warga asing diperiksa melibatkan 36 lelaki dan 44 perempuan dan hasil dokumentasi menahan 33 orang selepas melakukan kesalahan imigresen iaitu tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah. 

“Kesemua tangkapan disiasat mengikut Seksyen 51(5)(b), Akta Imigresen 1959/63,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata operasi bersepadu ini akan terus dipergiat bagi mengekang mana-mana elemen yang boleh menganggu serta menggugat keselamatan dan kesejahteraan awam akibat kebanjiran PTI khususnya di Keningau.

“Masyarakat juga amat dialu-alukan untuk terus menyalurkan maklumat kepada pihak Polis berkaitan kehadiran PTI, aktiviti penagihan dan pengedaran dadah serta maklumat  jenayah di kawasan masing-masing bagi membantu pihak polis untuk membanteras kegiatan tidak bermoral ini dari terus berleluasa. 

“Sebarang maklumat boleh disalurkan melalui Talian Hotline IPD Keningau 087-336130 atau Hotline WhatsApp IPD Keningau di talian wasap.my/60192186913 dan Laman Web Rasmi Polis Daerah Keningau AdminPage Polis Keningau iaitu https://m.me/PDRMKGU,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement