Hospital bergerak lengkap bilik bedah dan ICu serta 35 doktor turut dikerahkan

MOSCOW: Rusia menyatakan ia menghantar 35 doktor kecemasan dan bantuan kemanusiaan ke timur Libya, selepas negara itu dilanda banjir yang tidak dijangkakan seminggu lepas.
“Pesawat ketiga kementerian dengan para pakar telah mendarat di Libya.
"Kira-kira 35 kakitangan dari Kementerian Situasi Kecemasan Rusia akan menyediakan bantuan perubatan untuk populasi yang terjejas akibat banjir,” kata pihak kementerian dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Rusia turut menghantar sebuah hospital bergerak dengan bilik pembedahan dan sebuah unit rawatan rapi (ICU).
Seramai 35 ahli perubatan akan memberi bantuan perubatan yang berkelayakan kepada sehingga 100 orang dalam sehari di kawasan itu, menurut pihak kementerian.
Dua empangan di hulu sungai dari Derna, bandar pesisiran pantai yang mempunyai kira-kira 100,000 penduduk di timur laut Libya, melimpah pada minggu lepas ketika Ribut Daniel dengan kekuatan hurikan membadai negara, menyebabkan banjir yang menyerupai tsunami.
Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kelmarin memberi amaran bahawa statistik Derna sahaja mungkin akan meningkat sehingga 11,300 orang dengan 10,100 dilaporkan hilang. – AFP