Anda di sini

Rakyat digesa hayati pembentukan Malaysia

Advertisement
 Pemenang pertandingan Nyanyian Otai Tetap Berbisa bergambar dengan piala masing-masing.
PEMENANG: Pemenang pertandingan Nyanyian Otai Tetap Berbisa bergambar dengan piala masing-masing.

SANDAKAN: Rakyat di negeri ini digesa supaya menghayati makna Hari Malaysia bagi memperkukuhkan azam dan semangat perpaduan sebagai sebuah bangsa yang merdeka.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dilantik, Datuk Jaffari Waliam berkata, ia wajar dijadikan titik pembaharuan untuk semua bangsa dan agama di negeri ini untuk bersatu hati.

Katanya, pembentukan Malaysia tidak datang bergolek dalam sekelip mata kerana ia adalah hasil perjuangan rakyat dan pemimpin terdahulu.

“Setiap rakyat perlu sentiasa menghayati dan menghargai nikmat pembentukan Malaysia yang menjadikan kita semua hidup aman makmur.

“Justeru, menjadi tanggungjawab semua rakyat untuk taat setia dan cintakan tanah air supaya keharmonian terus dikecapi sampai bila-bila,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Innoprise Capital Sdn Bhd berkata demikian ketika merasmikan Pertandingan Nyanyian Otai Tetap Berbisa di Pasar Malam Kim Fung, Batu 4, di sini, baru-baru ini.

Mengulas mengenai majlis ini, katanya, ia adalah salah satu platform untuk semua rakyat di daerah ini dapat mengeratkan silaturrahim.

“Kita menghargai bakat-bakat orang lama yang menyertai pertandingan berkenaan khususnya penduduk di daerah ini.

“Saya berharap supaya lebih banyak penganjuran seperti ini kerana ia dapat mengumpulkan penduduk untuk mengeratkan perpaduan,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement