Anda di sini

Program perkhidmatan komuniti bergerak di Pantu pada 23 September ini

Advertisement
 

KUCHING: Perbendaharaan Malaysia Sarawak (PMS) dengan kerjasama Pejabat Residen Bahagian Sri Aman dan Pejabat Daerah Pantu akan mengadakan Program Program perkhidmatan komuniti bergerak (CS) di Pantu pada 23 September ini. 

Menurut kenyataan akhbar hari ini, program itu di Pantu merupakan lokasi kelima pihak PMS bagi tahun 2023 yang akan diadakan di Dewan Sri Pantu, Pantu.

"Program berkenaan merupakan perkhidmatan yang menghimpunkan khidmat utama mengikut keperluan tempatan serentak di satu lokasi yang dikenal pasti oleh agensi kerajaan. 

"Ia merupakan salah satu inisiatif Kementerian Kewangan Malaysia bertujuan memberi perkhidmatan-perkhidmatan utama yang diperlukan kepada penduduk luar bandar atau komuniti pedalaman," katanya. 

Program berkenaan merangkumi empat komponen utama iaitu menyediakan perkhidmatan utama kerajaan (melibatkan asas pertanian, kesihatan dan kerjaya) dan memberi penerangan serta kesedaran kepada rakyat mengenai dasar, program dan aktiviti kerajaan melalui kementerian dan agensi kerajaan. 

Selain itu, ia turut menyediakan peluang keusahawanan kepada penduduk tempatan ketika program berlangsung (pendaftaran syarikat), menyediakan platform untuk membolehkan bantuan kerajaan disalurkan terus kepada kumpulan sasaran (kemudahan pinjaman, bantuan ibu tunggal dan warga emas).

Antara agensi yang akan terlibat dalam memberi perkhidmatan kepada masyarakat semasa perkhidmatan komuniti bergerak ialah Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Sarawak, Jabatan Pengangkutan Jalan Sarawak, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Perangkaan Negeri Sarawak, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kumpulam Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) dan beberapa lagi agensi lain. 

Advertisement