Anda di sini

Polis siasat lebih mendalam kes rusuhan di Kanowit

Advertisement
Tangkap layar video yang tular di media sosial memaparkan kejadian rusuhan di kawasan parkir belakang Pejabat Daerah Kanowit pada 12 September lalu.
Tangkap layar video yang tular di media sosial memaparkan kejadian rusuhan di kawasan parkir belakang Pejabat Daerah Kanowit pada 12 September lalu.

KUCHING: Polis menjalankan siasatan lebih mendalam berkaitan kes rusuhan di tempat letak kereta di belakang Pejabat Daerah Kanowit pada 12 September lalu.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata, setakat hari ini belum ada perkembangan terbaharu mengenai kes tersebut.

"Kes masih dalam siasatan, di mana siasatan dijalankan dengan lebih mendalam lagi dan kita percaya akan menyelesaikan kes ini dalam sedikit masa lagi," ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching hari ini.

Pada 12 September lalu, satu laporan polis diterima beehubung kes rusuhan tersebut yang menyebabkan dua lelaki mengalami kecederaan dan kerosakan kenderaan milik mereka.

Azman dalam satu kenyataan sebelum ini memohon kerjasama orang ramai untuk menyalurkan maklumat berhubung kejadian dengan menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah IPD Kanowit ASP Mohd Faizal Nawi (016-8657432) atau IPD Kanowit menerusi talian 084-752222.

  • oleh
  • Advertisement