Anda di sini

Penghantar makanan maut, motosikal bergesel kereta

Advertisement
 Keadaan kemalangan di lokasi kejadian.
KEMALANGAN: Keadaan kemalangan di lokasi kejadian.

KOTA KINABALU: Seorang penghantar makanan mudah alih maut selepas motosikal ditunggangnya bergesel dengan sebuah kereta di Jalan Universiti Malaysia Sabah (UMS) berhampiran sebuah kompleks beli belah di sini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan Kalsom Idris berkata, kejadian jam jam 4.25 petang itu membabitkan mangsa lelaki berumur 43 tahun.

Katanya, kemalangan membabitkan penunggang motosikal dengan sebuah kereta jenis kompak.

“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati pemandu kenderaan lelaki berumur 27 tahun dalam perjalanan dari arah One Sulaman menuju ke Likas.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, ketika itu kereta berkenaan berada di lorong kanan dan apabila terdapat sebuah kenderaan lain di hadapannya bergerak perlahan, pemandu terbabit menukar ke lorong tengah untuk memotong.

“Secara tiba-tiba motosikal mangsa bergesel di bahagian tepi belakang sebelah kiri kenderaan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata, kejadian itu menyebabkan mangsa terjatuh di atas jalan raya bersama motosikal dinaikinya.

Menurutnya, mangsa kemudian dibawa ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak (HWKK) Likas oleh ambulans untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia di HWKK Likas pada jam 12.45  tengah hari selepas kira-kira 20 jam bertarung nyawa akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

“Siasatan masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement