Anda di sini

Lampu jambatan di Kg Air Jalan Bokara perlu diperbaiki segera

Advertisement
 Lampu jambatan yang rosak dan perlu pembaikan segera daripada pihak berwajib.
ROSAK: Lampu jambatan yang rosak dan perlu pembaikan segera daripada pihak berwajib.

SANDAKAN: Terdapat dua lampu jambatan di Kampung Air Jalan Bokara rosak dan memerlukan perhatian segera daripada agensi kerajaan berkaitan.

Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Karamunting Datuk Chew Kok Woh berkata, beliau baru-baru ini mengarahkan Pemaju Mukim Unit PPM Karamunting Syed Putra Ar-rahim dan Ricky Voon untuk meninjau kawasan berkenaan.

"Tinjauan mendapati dua lampu jambatan di kampung ini rosak dan perlu pembaikan segera.

"Lampu yang rosak itu terletak di Jambatan No.1 dan No.2 Kg Air. Kedua-dia perkara itu telah dimaklumkan kepada pihak berkaitan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

 Parit yang tersumbat (kiri) disebabkan tumbuhan liar berjaya diatasi pihak berkenaan (kanan) bagi melancarkan pengaliran air ketika hujan.
DISELENGGARA: Parit yang tersumbat (kiri) disebabkan tumbuhan liar berjaya diatasi pihak berkenaan (kanan) bagi melancarkan pengaliran air ketika hujan.

Sementara itu katanya, berikutan aduan mengenai parit tersumbat akibat tumbuhan liar di Kg Karamunting baru, pihak bertanggungjawab telah turun padang menyelesaikan masalah itu.

Menurutnya, Syed Putra dan Ricky sekali lagi turun padang meninjau perkara terbabit dan mendapati ia sudah diselesaikan pihak bertanggungjawab.

Dalam pada itu, Chew mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang Karim@Noh Yahya.

"Mendiang sebelum ini sakit dan saya ada melawat mendiang pada 16 September lalu. Malangnya, baru-baru ini mendiang telah meninggal dunia," katanya.

Hadir sama dalam lawatan itu ialah Penyelia UPPM Karamunting Naz Lee, Ketua-ketua Kampung Awang Japar dan Ismail Asmat dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Kg. Karamunting Baru Rosdiana Amin.

 Chew ketika melawat keluarga mendiang Karim.
PRIHATIN: Chew ketika melawat keluarga mendiang Karim.
  • oleh
  • Advertisement