
MARUDI: Gereja BEM Marudi telah mengadakan sembahyang khas sempena Hari Malaysia baru-baru ini.
Turut hadir Pastor Kanan BEM Marudi Abraham Ngang dan Pastor Lily Mugang.
Dalam pada itu, Ketua Kampung Muhibah Mika Mus Agan menyatakan bahawa acara tersebut adalah simbolik kesatuan pelbagai suku kaum penganut yang mendoakan keamanan dan kemakmuran Malaysia.
Selain itu kata Mika, kita harus berdoa untuk para pemimpin supaya mereka diberi kebijaksanaan untuk mentadbir negara dengan baik.
Pelbagai acara menyerikan sesi sembahyang khas itu termasuk perarakan para penganut yang memakai pakaian tradisional pelbagai suku kaum di negeri ini.