Anda di sini

CelcomDigi, Yinson meterai perkongsian untuk memartabatkan ekosistem eMobiliti Malaysia

Advertisement
Idham (dua kiri) bergambar bersama Lim (dua kanan) dan kenamaan lain selepas menandatangani MoU untuk bekerjasama dalam pembangunan perkhidmatan kenderaan elektrik (EV) yang inovatif dan infrastruktur untuk pengguna Malaysia.
Idham (dua kiri) bergambar bersama Lim (dua kanan) dan kenamaan lain selepas menandatangani MoU untuk bekerjasama dalam pembangunan perkhidmatan kenderaan elektrik (EV) yang inovatif dan infrastruktur untuk pengguna Malaysia.

KUCHING: CelcomDigi Berhad (CelcomDigi) dan Yinson Holdings Berhad (Yinson), sebuah syarikat infrastruktur dan teknologi tenaga global, telah memeterai memorandum persefahaman (MoU) untuk bekerjasama dalam pembangunan perkhidmatan kenderaan elektrik (EV) yang inovatif dan infrastruktur untuk pengguna Malaysia, memacu penggunaan EV dan tenaga hijau di negara ini.

Menurut kenyataannya semalam, kerjasama itu membolehkan Yinson memanfaatkan rangkaian 4G LTE dan 5G terluas, terpantas CelcomDigi untuk memperkasakan sambungan untuk chargEV, pengendali titik pengecasan terbesar negara serta untuk rydeEV dan driveEV dalam ruang eMobility.

"Di samping itu, kedua-dua syarikat akan bekerjasama untuk meneroka penyelesaian baharu yang inovatif yang akan membolehkan pengguna kekal berhubung sambil mempunyai akses harian yang lebih mudah kepada perkhidmatan yang bersih dan dipertingkatkan teknologi termasuk eBikes, kenderaan elektrik, stesen pengecas EV dan integrasi infrastruktur solar.

"Pusat Inovasinya, syarikat terus mengukuhkan komitmennya sebagai pemboleh digital untuk rakyat Malaysia, membawa inovasi dan penyelesaian IoT melangkaui perkhidmatan telekomunikasi untuk menghubungkan kehidupan di mana-mana dan meningkatkan gaya hidup digital rakyat Malaysia.

“Ini merupakan pencapaian penting dalam perkongsian lama kami dengan Yinson – kali pertama di Malaysia penyedia perkhidmatan telekomunikasi bekerjasama dengan syarikat infrastruktur dan teknologi tenaga global untuk bersama-sama berinovasi cara kami membawa perkhidmatan EV kepada pengguna," kata Ketua Pegawai Eksekutif CelcomDigi Datuk Idham Nawawi. 

Industri automotif sedang mengalami transformasi radikal, dengan pembuat kereta bersetuju bahawa lima tahun akan datang akan membawa lebih banyak perubahan berbanding tiga dekad sebelumnya, didorong oleh kemungkinan besar yang dibawa oleh kenderaan elektrik khususnya dan teknologi hijau secara amnya.

Pihaknya teruja untuk bekerjasama dengan Yinson untuk memacu penggunaan teknologi hijau dalam kalangan pengguna Malaysia bagi menyokong matlamat tenaga negara seperti yang digariskan dalam Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030. 

Ia akan meneroka pelbagai peluang, daripada membolehkan aset yang berkaitan kepada membangunkan infrastruktur yang mantap dan bersepadu ekosistem. 

Justeru, percaya ini akan menjadi pergerakan masa depan dan mampan untuk infrastruktur mobiliti dan ekosistem Malaysia.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Yinson Lim Chern Yuan berkata, kesalinghubungan dan teknologi inovatif adalah bahan binaan sistem pengangkutan yang cekap, bersih dan saksama pada masa depan. 

Untuk tujuan itu, pihahnya berbesar hati untuk berganding bahu dengan pengendali rangkaian mudah alih terbesar di Malaysia, CelcomDigi, disokong lagi oleh dasar progresif oleh Kerajaan Malaysia. 

“Bersama-sama, kami berharap dapat meletakkan penyelesaian pengangkutan yang bersih dan bersepadu ke tangan rakyat Malaysia setiap hari, membawa kami secara kolektif lebih dekat untuk mencapai matlamat sifar bersih negara,” katanya. 
MoU itu ditandatangani oleh Idham dan Lim Chern Yuan semasa EVM Asia 2023 yang diadakan sebagai sebahagian daripada Ekspo Negara Pintar 2023. 

Majlis menandatangani perjanjian itu disaksikan oleh Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Malaysia Datuk Arthur Joseph Kurup.

Turut hadir Pengerusi Eksekutif Kumpulan Yinson Lim Han Weng, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif CelcomDigi Albern Murty dan Ketua Pegawai Inovasi T. Kugan.

Advertisement