Anda di sini

13 rekod dicipta pada kejohanan SMK Rosli Dhoby

Advertisement
Cassidy Bentley John menerima hadiahnya selepas dinobat sebagai atlet lelaki terbaik kejohanan itu.
Cassidy Bentley John menerima hadiahnya selepas dinobat sebagai atlet lelaki terbaik kejohanan itu.

SIBU:  Sebanyak 13 rekod dicipta pada kejohanan olahraga antara rumah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rosli Dhoby yang diadakan di sini pada hujung minggu lalu.

Cassidy Bentley John dari Rumah Biru dinobatkan sebagai atlet lelaki terbaik selepas mencipta dua rekod baharu, manakala atlet perempuan terbaik dimenangi Haeresyavina Jackson Apong dari Rumah Merah dengan tiga rekod baharu.

Cassidy mencipta rekod baru dalam acara 200 meter Lelaki Bawah 15 dengan cacatan baharu 24.81” (masa lama 25.91’) dan 400m dalam 57.60” (1’01”).

Rekod Haeresyavina adalah dalam acara 100m (14.69”), 200m (31.12”) dan 100m lari berpagar 20.69” (22.06”).

Pemecah rekod lain ialah Lynnette Loo Ae Eey dalam 1500m B-14 Perempuan dengan catatan masa 7'06.67", Casstello Reo Cassidy dalam 100m Bawah-14 Lelaki dan 200m masing-masing dengan 12.65" dan 26.82".

Casstello juga membentuk salah satu kuartet dalam acara lari berganti-ganti 4x 100m.

Sementara itu, Gabriella Vanessa Usu Sylvester Jigom mencipta rekod baharu dalam acara lompat kijang Perempuan B-15 dengan jarak baharu 6.73m untuk mengatasi catatan lama 5.67m.

Mohammad Najib Hail Amir turut mencipta rekod baharu dalam acara lompat jauh lelaki bawah 15 tahun.dengam cacatan 5.17m (5.07m) dan turut menyumbang dua pingat emas dalam acara 4x400m dan 4x100 lari berganti-ganti.

Atlet terbaik dalam acara B-18 Perempuan dimenangi Stephanie Lizzie James dengan lima pingat emas manakala Muhammad Farid Nasrullah Hasnizan, dengan tiga pingat emas dan satu perak, dinobatkan sebagai atlet terbaik dalam kategori Lelaki B-18.

Sementara itu, Rumah Merah mengatasi pasukan lain untuk muncul juara, diikuti Rumah Hijau, Rumah Biru dan Rumah Kuning.

  • oleh
  • Advertisement