Anda di sini

Perbanyakkan program bersifat patriotisme

Advertisement
 Pelepasan konvoi dilakukan Jonathan diiringi para jemputan yang lain.
RASMI: Pelepasan konvoi dilakukan Jonathan diiringi para jemputan yang lain.

RANAU: Rakyat Malaysia khususnya di Sabah digalakkan untuk menganjurkan program yang mampu memberi kesedaran serta semangat mempertahankan kemerdekaan negara.

Ahli Parlimen Ranau Datuk Jonathan Yasin berkata, usaha dan komitmen rakyat tanpa mengira latar belakang berperanan besar mempertahankan kemerdekaan negara yang telah diperjuangkan para pemimpin  terdahulu.

"Syabas dan tahniah kepada kelab  Hidup, Harapan, Hidayah dan Jariah (3HJ)  Sabah kerana prihatin menganjurkan Konvoi Merdeka setiap tahun.

"Anda juga aktif melaksanakan pelbagai program kerja-kerja amal untuk memberi sumbangan kebajikan kepada golongan yang tidak berkemampuan," katanya ketika merasmikan pelepasan peserta Konvoi Merdeka di sini, pada Sabtu.

Beliau berkata, rakyat harus mengenang jasa bakti dan pengorbanan para pemimpin terdahulu yang telah berusaha memperjuangkan kemerdekaan tanah air daripada dikuasai penjajah.

Sementara itu, Presiden 3HJ Sabah Maharin Mahali berkata, pihaknya berterima kasih kepada Jonathan kerana bukan sahaja menyumbang kewangan untuk menampung kos aktiviti kelab 3HJ, malah sudi hadir bagi menyempurnakan pelepasan konvoi itu.

"Pihak kelab 3HJ, sentiasa berdiri teguh dibelakang kepimpinan Datuk," katanya.

Acara itu dihadiri lebih 30 ahli kelab bagi menjayakan konvoi berkenaan.
 

  • oleh
  • Advertisement