Anda di sini

Kerajaan negeri hargai sokongan berterusan masyarakat Cina

Advertisement
HAJIJI
HAJIJI

KOTA KINABALU: Kerajaan pimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) amat menghargai sokongan berterusan masyarakat Cina yang terus berdiri bersama-sama sebagai rakan kongsi dalam setiap sektor pembangunan.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor berkata, dengan sokongan padu itu, kerajaan negeri kini berada di landasan tepat dalam membawa pembangunan di bawah Pelan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).

“Kejayaan kita terbukti dengan kutipan hasil yang besar dan kerajaan negeri tidak akan berpuas hati, tetapi akan terus membawa lebih banyak pelaburan ke negeri ini yang boleh mewujudkan lebih banyak limpahan ekonomi.

“Kerajaan negeri juga sentiasa menekankan dasar keadilan dan prihatin dalam semua aspek bagi membantu masyarakat di Sabah, tanpa mengira bangsa serta agama.

“Justeru, pada tahun ini kerajaan memperuntukkan geran sebanyak RM54.05 juta kepada sekolah-sekolah dan badan keagamaan bukan Islam di Sabah. 

"komitmen ini jelas menunjukkan kerajaan peka akan keperluan masyarakat dan komited membantu tanpa mengira bangsa, keturunan atau agama," katanya

Beliau berkata demikian pada Majlis Angkat Sumpah Jawatankuasa Pusat ke-24 dan Bahagian Wanita ke-6 Gabungan Persatuan-Persatuan Hokkian Sabah serta Wilayah Persekutuan Labuan di sini pada Ahad.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan, Phoong Jin Zhe.

Hajiji mahu masyarakat Tionghua di Sabah terus bersama-sama kerajaan memajukan negeri ini kerana ramai dalam kalangan mereka termasuk Hokkien Clan terbukti pandai dan pintar dalam urusan perniagaan.

Katanya, Hokkien Clan adalah clan kedua besar di Sabah selain daripada Hakka, dan Hokkien Clan juga adalah yang terbesar di negara ini.

Hajiji berkata, usaha akan giat dipertingkatkan termasuk mempertingkatkan peluang pelaburan yang boleh memanfaatkan pelbagai sektor pembangunan di Sabah. 

“Di sinilah peranan daripada masyarakat Tionghua termasuk Hokkien Clan untuk turut sama mengambil peluang dalam sektor pembangunan di negeri ini," katanya.

Hajiji juga berharap masyarakat Hokkien di Sabah dibawah pimpinan Tan Sri TC Goh turut bersama memberikan sumbangan dalam pembangunan ekonomi Sabah.

“Kita berusaha keras untuk memajukan Sabah dari segi pembangunan serta kongsi kekayaan kepada semua rakyat Sabah tanpa mengira kaum dan agama," katanya.


 

  • oleh
  • Advertisement