Anda di sini

K Troopers dinobatkan juara Sarawak Paintball League 2023

Advertisement
Morshidi (empat kanan) semasa sesi bergambar bersama juara Sarawak Paintball League 2023 K Troopers.
Morshidi (empat kanan) semasa sesi bergambar bersama juara Sarawak Paintball League 2023 K Troopers.

KUCHING: Pasukan K Troopers dinobatkan sebagai juara keseluruhan bagi kategori terbuka pada kejohanan Sarawak Paintball League 2023.

Pada kejohanan yang berlangsung di Padang Kelab Paintball Mambong di Padawan, K Troopers membawa pulang wang tunai RM9,500 berserta piala, di mana 15 pasukan dari seluruh Sarawak serta Brunei berentap untuk merebut wang tunai keseluruhan lebih RM35,000 dalam kejohanan yang berlangsung pada Sabtu dan Ahad lalu.

Dalam pada itu, Pengarah Pertandingan Mohd Morshidi Abdullah berkata, kejohanan kali ini merupakan siri Sarawak Paintball Sarawak League (SPL) di mana ia diadakan untuk memperkenalkan sukan paintball di Sarawak dan sukan ini sudah lama berkembang di Semenanjung, Asia Tenggara dan dunia. 

“Kejohanan SPL di Sarawak ini bertujuan membuka mata orang awam tentang sukan paintball serta meningkatkan sektor pelancongan dan ekonomi di kawasan pertandingan,” ujarnya.

Beliau juga berharap sukan paintball akan mendapat sambutan dan pendedahan dengan penganjuran kejohananan seperti ini.

"Justeru, saya berharap agar sukan ini terus berkembang dan diminati oleh belia bagi mendidik belia mementingkan semangat berpasukan dan setia kawan," katanya.

Antara kategori lain yang dipertandingkan pada kejohanan tersebut adalah Novis yang dimenangi oleh pasukan Borneo Savage dan kategori Rookie yang dimenangi pasukan AGB.

Advertisement