Anda di sini

Hummels pemangkin semangat Dortmund untuk bangkit mengatasi Freiburg

Advertisement
Mats Hummels (kiri) menanduk masuk bola ke dalam gawang gol pada perlawanan Bundesliga Jerman di antara Freiburg dan Borussia Dortmund di Freiburg, Jerman, kelmarin. — Gambar AFP
Mats Hummels (kiri) menanduk masuk bola ke dalam gawang gol pada perlawanan Bundesliga Jerman di antara Freiburg dan Borussia Dortmund di Freiburg, Jerman, kelmarin. — Gambar AFP

BERLIN: Mats Hummels menjaringkan gol dalam kedua-dua babak ketika Borussia Dortmund bangkit lewat untuk menang 4-2 di Freiburg dalam aksi Bundesliga Jerman pada Sabtu lepas.

Hummels meletakkan Dortmund di hadapan pada awal permainan tetapi sekali lagi mereka hilang fokus dan membenarkan Freiburg mendahului kedudukan 2-1 pada masa rehat menerusi dua gol pantas.

Donyell Malen memberikan terlalu banyak ruang kepada pakar tendangan percuma Freiburg, Vincenzo Grifo, yang melambung bola cantik untuk membolehkan Lucas Hoeler menanduk gol penyamaan.

Empat minit kemudian, pertahanan Dortmund sekali lagi menghadiahkan tendangan percuma dan kali ini Nicolas Hoefler menanduk gol pendahuluan Freiburg.

Malen menebus kesilapannya dengan menjaringkan gol penyamaan pada pertengahan separuh masa kedua selepas umpanan cantik dari Niclaas Fuellkrug.

Dortmund kelihatan akan tercicir dua mata untuk perlawanan ketiga berturut-turut sebelum Hoefler dibuang padang ketika berbaki lapan minit permainan.

Kelebihan seorang pemain membolehkan Dortmund mengambil sepenuh peluang apabila Hummels menjaringkan gol kedua peribadi sebelum Marco Reus melengkapkan jaringan untuk memberikan keyakinan kepada pasukan menjelang perlawanan Liga Juara-Juara di Paris Saint-Germain (PSG) pada Selasa ini.

“Untuk memiliki kemahiran dan ketenangan dengan bola... ia adalah sesuatu yang perlu kami perbaiki jika kami menjadi pasukan terbaik,” kata Hummels.

Kapten Dortmund, Emre Can mengelar kemenangan ini “menekankan”.

“Ia bukan mudah untuk menang di Freiburg dan kami melakukannya hari ini,” kata Can.

Gol Hummels bermakna pemenang Piala Dunia 2014 bersama Jerman itu sudah menjaringkan gol dalam 16 musim Bundesliga Jerman secara berturut-turut.

Pada perlawanan lain, RB Leipzig meneruskan permulaan musim yang memberangsangkan apabila menewaskan Augsburg 3-0 di tempat sendiri.

Xavi Simons membuka jaringan seawal minit keenam sebelum Lois  Openda menambah jaringan beberapa minit selepas itu untuk membolehkan pasukan tuan rumah mendahului 2-0 pada minit ke-11.

David Raum melengkapkan jaringan untuk gol pertamanya bersama Leipzig.

Memulakan musim dengan kemenangan 3-0 ke atas Bayern Munich dalam aksi Piala Super Jerman, Leipzig sudah menjaringkan 16 gol dalam lima perlawanan pertama mereka musim ini.

Union Berlin mengalami kekecewaan menjelang perlawanan sukar di Real Madrid pada penampilan sulung mereka dalam Liga Juara-Juara Rabu depan, apabila tewas 1-2 di Wolfsburg.

Union sekarang sudah tewas dua perlawanan liga berturut-turut, kali pertama ia berlaku sejak Februari 2022.

Pada perlawanan lewat, Bochum seri 1-1 dengan Eintracht Frankfurt menerusi penalti lewat Kevin Stoeger.

FC Stuttgart menewaskan Mainz 3-1 di tempat lawan dengan Serhou Guirassy menjaringkan hatrik dalam separuh masa kedua dan sekarang sudah menjaringkan tujuh gol dari empat perlawanan liga musim ini.

Gol oleh Andrej Kramaric, Florian Grillitsch dan Maximilian Beier memastikan Hoffenheim menang 3-1 di Cologne. — AFP

Advertisement