
RANAU: Hilary Salmeon muncul juara kategori Gross dalam kejohanan Golf Hari Malaysia peringkat Kampung Matan apabila meraih 40 pukulan.
Kejohanan itu diadakan di Padang Ranau Golf Country Club (RGCC) di sini pada Sabtu.
Naib johan disandang oleh Jupiri Titin dengan 43 pukulan, diikuti Salmoen@Esheel (44 pukulan) dan David Dunggi (45 pukulan) untuk masing-masing ditempat ketiga dan keempat.
Johan bagi kategori Net (A) dimenangi Danel Agus Salmoen dengan 30 pukulan, diikuti Mohd. Zulazri Mahmud (33) dan tempat kedua Alley Saili (34) serta Adrian Martin (30) di tempat keempat.
Bagi kategori Net (B), pertandingan itu diungguli Derry Jumin dengan meraih 40 pukulan diikuti naib johan, Jerry Sariman (48) dan tempat ketiga Colley Salmoen dengan (49) berkongsi mata dengan Primus Gahun (49).
Sementara itu, Ellyrex Jipili mengungguli Wooden Spoon. Semua hadiah disampaikan Presiden RGCC Salmoen Sualim.
Pengerusi Penganjur Kejohanan Supidih Sallehin ketika ditemui merakam penghargaan dan terima kasih kepada para peserta kejohanan itu sebagai antara usaha merayakan sambutan Hari Malaysia setiap tahun.
"Kejohanan tahunan ini adalah antara aktiviti bagi menyemarakkan lagi sambutan Hari Malaysia, kalah atau menang adalah lumrah dalam apa juga bentuk kejohanan.
"Apa yang penting adalah fokus ke arah perpaduan dan persaudaraan tanpa membezakan agama, kaum mahupun fahaman politik," katanya.