Cubaan mendarat dalam cuaca buruk gagal di bandar utara Barcelos

RIO DE JANEIRO: Seramai 14 orang terbunuh kelmarin apabila sebuah kapal terbang terhempas di Amazon Brazil semasa cuba mendarat di lapangan terbang bandar utara Barcelos, tempat persinggahan pelancong yang terkenal, menurut gabenor wilayah Amazonas.
Seramai 12 penumpang dan dua kru telah terbunuh dalam nahas ketika pesawat cuba mendarat dalam cuaca buruk di bandar pelancongan popular itu, Gabenor Wilson Lima menulis dalam X.
Laporan media Brazil menyatakan tiada mangsa yang terselamat dalam nahas itu.
Pegawai negara tidak segera memberikan respons terhadap permintaan untuk maklumat lanjut.
Laman berita G1 menyatakan pesawat itu adalah jenis EMB-110 yang boleh membawa 18 penumpang, dengan enjin berkembar kuasa turbo yang dikeluarkan syarikat pembuatan pesawat Brazil Embraer.
Ia dilaporkan dalam perjalanan dari bandar utama Manaus ke Barcelos dalam penerbangan yang memakan masa 90 minit.
Terletak di Rio Negro, sebatang anak sungai Amazon, ia bersempadan dengan beberapa taman negara dan kawasan dilindungi yang lain.
Laman berita UOL menyatakan para penumpang kesemuanya lelaki Brazil yang pergi ke wilayah itu untuk sukan memancing, memetik kepada setiausaha keselamatan negara Vinicius Almeida.
Sementara itu, dalam perkembangan berasingan di BRASILIA, seorang bomoh terkenal di Brazil yang disabitkan merogol pengikutnya telah dijatuhkan hukuman penjara lebih 118 tahun kerana merogol empat wanita, menurut pihak berkuasa.
Joao Teixeira de Faria, 81, lebih dikenali sebagai 'Joao de Deus' atau 'John of God', merawat puluhan ribu orang setiap bulan di 'hospital kerohanian' di pekan kecil Abadiania di tengah Brazil, menurut kepada pihak berkuasa.
Dia mula terkenal di peringkat antarabangsa setelah bintang televisyen Amerika Syarikat (AS) Oprah Winfrey melakukan profil mengenainya pada 2013.
Namun beratus-ratus wanita kemudian tampil menyatakan dia telah memaksa mereka secara seksual kononnya untuk menyembuhkan mereka daripada penyakit, dalam kes-kes yang bermula sejak 1973.
Faria kemudiannya ditangkap pada 2018.
Bomoh yang diakui sendiri itu bagaimanapun menafikan kesemua tuduhan terbabit dan diletakkan di bawah penahanan di rumah.
Hakim Mahkamah Jenayah Negeri Goias Marcos Boechat pada Jumaat menjatuhkan hukuman hukuman penjara 118 tahun, enam bulan dan 15 hari ke atas Faria atas pensabitan merogol, merogol melalui penipuan dan merogol individu yang mudah terpengaruh, menurut mahkamah dalam satu kenyataan.
Keputusan itu merangkumi sejumlah 17 kes terhadap Faria, yang telah memiliki beberapa hukuman jenayah.
Hakim turut mengarahkannya untuk membayar kepada mangsa pampasan mencecah 100,000 reais (kira-kira RM96,000). - AFP