Anda di sini

58 kawasan catat bacaan IPU sederhana

Advertisement
Gambar fail BERNAMA

KUALA LUMPUR: Sebanyak 58 stesen pemantauan kualiti udara Jabatan Alam Sekitar (JAS) mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sederhana, setakat 3 petang ini.

Berdasarkan data dalam laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) kendalian JAS, kadar IPU di Cheras, Kuala Lumpur mencatatkan bacaan tertinggi iaitu 96, manakala di Shah Alam, Selangor dan Kuching, Sarawak masing-masing mencatatkan bacaan 91 dan 90.

IPU berskala antara 0-50 dikategorikan sebagai sihat, 51-100 (sederhana), 101-200 (tidak sihat), 201-300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya). 

Data IPU itu dikeluarkan setiap jam, berdasarkan 68 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh negara. - BERNAMA

Advertisement