Anda di sini

Emart 916, Hari Keahlian kembali dengan pelbagai tawaran hebat

Advertisement
Emart memberi diskaun bagi CAT 1, 40 peratus untuk Festival Muzik pada 6 dan 7 Oktober depan.
Emart memberi diskaun bagi CAT 1, 40 peratus untuk Festival Muzik pada 6 dan 7 Oktober depan.

KUCHING: Berita baik kepada semua ahli Emart bermula esok (16 Sept) bakal diadakan Hari Keahlian Emart yang menawarkan ahli pelbagai promosi, permainan, cabutan bertuah, aktiviti-aktiviti serta hadiah lumayan kepada ahlinya disini.

Menurut satu kenyataan hari ini, semuanya disediakan secara eksklusif kepada ahli Emart yang sentiasa komited untuk menyediakan perkhidmatan dan kemudahan terbaik kepada semua.

"Untuk membolehkan lebih ramai pelanggan Emart mempunyai pengalaman yang tidak mudah dilupakan sempena dengan Hari Keahlian Emart, cawangan Emart akan melanjutkan masa operasi pada 16 September 2023 dari jam 8 pagi hingga 11 malam (Emart Matang, Summer Mall, King Centre dan Sejingkat).

"Sementara itu, jam 7 pagi sehingga 11 malam (Emart Moyan) dan 8 pagi sehingga 10 malam (Sukma Ria dan Demak Laut)," katanya.

Tambahan pula, ratusan produk akan ditawarkan dengan harga rendah bermula dari 16 sehingga 30 September yang turut disiarkan di dalam Buletin Jualan Emart.

Mulai jam 9.16 pagi esok, cabaran membeli-belah bakal menguji kepantasan pelanggan.

Pertandingan 'Kick & Strike' yang dijangka mencuit hati pelanggan.
Pertandingan 'Kick & Strike' yang dijangka mencuit hati pelanggan.

Mereka harus berbelanja jumlah yang sama dengan nilai RM yang diumumkan untuk memenangi RM100 Baucar Tunai secara percuma. 

Bukan itu sahaja, permainan menarik seperti 'Ring Toss', 'Fishing Games', 'Spin Wheel' dan 'Kick & Strike' juga diadakan di semua cawangan Emart bermula dari jam 9 pagi. 

Ahli Emart mesti berbelanja sebanyak RM91.60 dan ke atas di dalam satu resit untuk mendapatkan kupon permainan tersebut dan berpeluang untuk memenangi tuala kecil Emart atau payungnya secara percuma.

Emart turut mengalukan acara paling dramatik tahun ini, iaitu 'Balloon Drop' pada jam 9.16 malam di semua cawangan Emart.

Berbeza dengan tahun lepas, kini Emart menganjurkan satu lagi aktiviti cabutan bertuah pada 17 September 2023. 

"Dengan pembelian bernilai RM91.60 dan ke atas dalam satu resit, ahli Emart berpeluang untuk memenangi hadiah barangan elektrik selain memberikan barangan 916 sebagai sagu hati percuma," katanya.

Selain itu, Emart juga memberikan diskaun bagi CAT 1 iaitu 40 peratus untuk Festival Muzik yang berlangsung pada 6 dan 7 Oktober di Stadium Sarawak, Kuching dengan pembelian bernilai RM91.60 dan ke atas dalam satu resit pembelian pada 16 September akan mendapat tiket diskaun tersebut, tambahnya.

Pendaftaran keahlian atau memperbaharui kad keahlian Emart dari 9 sehingga 17 September 2023 akan diberi 300 mata ganjaran secara percuma. 

Selain itu, penebusan mata ganjaran juga ditawarkan kepada semua ahli Emart di mana penebusan RM5 baucar tunai hanya memerlukan mata ganjaran bernilai 399 (Hari biasa memerlukan 495 mata ganjaran). 

Pembelian pada 16hb Sept 2023 ini juga menawarkan 5 kali ganda mata ganjaran kepada semua ahli Emart!

Akhir sekali, ahli Emart akan mendapat 916 WOW Baucar dengan pembelian bernilai RM91.60 dan ke atas dalam satu resit. 

"Ahli Emart boleh menggunakan 916 WOW Baucar ini untuk menikmati pelbagai jenis promosi serta ganjaran yang ditawarkan oleh kedai sewa Emart. 

"Penebusan 916 WOW Baucar ini tamat pada 6 Oktober 2023, di cawangan Emart King Centre, Moyan, Sejingkat, Tabuan Jaya, Batu Kawa dan Matang.

Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi Facebook Emart https://www.facebook.com/EmartMalaysia/.
 

Advertisement