
KUCHING: Liansin Trading Sdn Bhd dan Tea FM akan menjalankan episod keempat program masakan bersama berjudul 'Loving Jimmy's Rice' pada Isnin, 21 Ogos ini.
DJ Tea FM Esther yang merupakan juara Astro Star Quest 2013 dan DJ TP sebelum ini berkunjung ke restoran Rice Master di Jalan Pines Square, Batu Kawa di sini.
Restoran berkenaan dikatakan bakal menawarkan pelbagai jenis hidangan lazat termasuk bihun dengan ketam dan ayam.
Hidangan wajib dipesan di Rice Master adalah nasi goreng yong zhou yang disediakan menggunakan nasi wangi Butterfly daripada Liansin.
Jangan lepaskan peluang untuk menonton episod terbaru 'Loving Jimmy's Rice' pada 21 Ogos ini yang menampilkan hidangan lazat yang ditawarkan di Rice Master.
Sejak awal Julai, 'Loving Jimmy's Rice' telah menghasilkan dua klip video dalam sebulan untuk memperkenalkan makanan tempatan yang lazat.
Ditambah dengan keceriaan daripada dua DJ dari Tea FM, program tersebut menjanjikan output berkualiti tinggi bagi mempersembahkan masakan yang paling menyelerakan untuk penonton.
Program itu juga bertujuan untuk menawarkan saluran bagi menarik penonton, baik warga tempatan mahupun warga asing, untuk mencuba masakan unik Sarawak.
Pengguna Facebook dijemput untuk mengambil bahagian dalam peraduan 'Loving Jimmy's Rice' untuk memenangi hadiah yang disediakan.
Apa yang mereka perlu lakukan adalah untuk menekan 'Like' dan 'Share' klip video tersebut dan tinggalkan komen mereka.
Lima pengguna Facebook yang komennya menerima 'Like' terbanyak akan diberikan sebungkus nasi wangi Butterfly 5kg daripada Liansin dan baucar oleh pihak restoran.
Untuk mengambil bahagian dalam peraduan atau menonton klip video, layari Facebook Tea FM https://www.facebook.com/TeaFM1027 atau Facebook Liansin https://www.facebook.com/Liansin-Trading-Sdn-Bhd-582734451904645.