Anda di sini

Kerajaan perkukuh sokong SDBank

Advertisement
HAJIJI
HAJIJI

KOTA KINABALU: Bank Pembangunan Sabah (SDBank) kini diletakkan di bawah bidang kuasa Ketua Menteri, mengikut Ordinan Perbadanan Ketua Menteri.

SDBank yang sebelum ini di bawah Sabah Development Berhad, kini terletak di bawah pemantauan Kementerian Kewangan Negeri.

Ketika mengumumkannya semalam, Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor berkata langkah itu adalah sebahagian daripada usaha yang dipersetujui bersama Kabinet negeri bagi menguatkan lagi sokongan terhadap SDBank.

"Usaha ini memperkukuhkan lagi komitmen kerajaan negeri untuk menyokong penuh SDBank dalam melaksana tanggungjawab kewangan, sekali gus memperkasakan pembangunan badan itu.

"Kini SDBank boleh menumpukan sepenuh perhatian terhadap pembangunan ekonomi, sosial dalam masa sama melindungi alam sekitar ketika melaksanakan projek di Sabah," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Hajiji berkata, lembaga baharu telah ditubuhkan bagi memacu SDBank ke arah hala tuju lebih strategik dengan Datuk Seri Panglima Lim Haw Kuang sebagai Pengerusi Eksekutifnya.

Katanya, Ahli Lembaga yang lain termasuk Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Datuk Mohd Sofian Alfian Nair, Pengarah Kanan Bebas Bukan Eksekutif Patricia Ubing, Datuk Vincent Pung, Dr Dionysia Kibat dan Datuk Brenndon Keith Soh.

Katanya, SDBank juga akan menerokai rakan strategik baharu dengan Institusi Kewangan Pembangunan untuk membiayai projek pembangunan bersasar di Sabah.

"Kerajaan negeri melihat SDBank sebagai kunci dalam menyokong teras strategik dibawah Hala Tuju Sabah Maju Jaya dalam mempromosi dan melaksanakan pembangunan projek terbaik untuk kepentingan Sabah," katanya.
 

  • oleh
  • Advertisement