Anda di sini

Siong How Exclusive di La Promenade Mall tawar promosi pembukaan

Advertisement
Pengarah Siong How Lo Kok How (tengah kiri) didampingi Pengarah Eksekutif Hock Seng Lee (HSL) Berhad Tony Yu (tengah kanan) dan para pembekal peralatan elektrik pihaknya merasmikan pembukaan Siong How Exclusive di La Promenade Mall hari ini.
Pengarah Siong How Lo Kok How (tengah kiri) didampingi Pengarah Eksekutif Hock Seng Lee (HSL) Berhad Tony Yu (tengah kanan) dan para pembekal peralatan elektrik pihaknya merasmikan pembukaan Siong How Exclusive di La Promenade Mall hari ini.

KOTA SAMARAHAN: Kedai peralatan elektrik rumah, Siong How Exclusive di La Promenade Mall menawarkan promosi pembukaan bernilai puluhan ribu ringgit bermula 1 Ogos 2023. 

Menurut kenyataan pihaknya, tawaran tersebut termasuk diskaun sehingga 50 peratus ke atas barangan terpilih, pemasangan baharu, bungkusan tambahan dengan diskaun dan pelancaran model baharu.

Antara produk tumpuan termasuk TV 85 inci jenama Haier yang ditawarkan dengan harga hanya RM6,333, TV separuh harga, rebat segera ke atas peti sejuk berjenama Samsung dan banyak lagi.

Siong How Exclusive malah menawarkan 24 barangan untuk jualan khas 'Happy Hour' pada jam 3 petang setiap hari bermula 1 hingga 6 Ogos ini. 

“Pelanggan bakal menikmati pelbagai penjimatan dan nilai tambah dari kedai baharu Siong How Exclusive di La Promenade.

“Antara beberapa tawaran yang menjadi kegemaran adalah pemasangan percuma bagi alat pemanas air jenama Alpha. 

"Di samping itu, mendapat khidmat pelanggan seperti pemasangan adalah bahagian terbaik apabila membeli-belah dalam kedai (in-store). 

“Bagi pihak HSL dan pusat beli-belah kami, tahniah kepada Siong How atas pembukaan kedai Exclusive mewah anda yang pertama," kata Pegawai Komunikasi Korporat Hock Seng Lee (HSL) Afira Shafiqnas. 

Kedai ini menggabungkan banyak kedai konsep di dalam ruang runcit besar seluas 12,000 kaki persegi di aras tiga La Promenade Mall.

Antara jenama terkenal yang boleh didapati di sini termasuk Electrolux, Haier, LG, Samsung, Beko, Alpha, Joven, KDK, Mitsubishi Electric, Morgan, Panasonic dan Butterfly. 

Sejak ia ditubuhkan pada 2005, Siong How Electrical & Electronic telah berkembang dengan baik untuk mengukuhkan kedudukannya sebagai salah sebuah kedai rantaian barangan elektrik utama di Sarawak. 

Kedai Siong How Exclusive merupakan yang pertama seumpamanya di Sarawak dan merupakan cawangan kedai rantaian ke-14 pihaknya di sini.

Sebagai sebahagian daripada penyewa di pusat beli-belah HSL, Siong How Exclusive bakal menjadi sebahagian daripada acara-acara jualan syarikat pemaju HSL yang akan datang.

Pihaknya, menjanjikan promosi musim perayaan sehingga ke pameran perkakasan rumah, tambahnya. 

La Promenade berkedudukan seluas 200 ekar dirangka dalam pelan induk untuk menjadi sebuah bandar kecil dalam taman. 

Perkara signifikan kerana ia merupakan hartanah pertama dan satu-satunya yang pernah memenangi serentak tiga anugerah utama dalam industri pembinaan bagi landskap, seni bina dan pengiktirafan daripada persatuan syarikat pemaju. 

Pusat beli-belah La Promenade Mall merupakan tumpuan komersial bagi estet berkenaan, yang menempatkan beberapa jenama lain di Sarawak seperti Black Bean Coffee & Tea, Foo Man Ting, SugarBun, Hoan Gallery, Rice King dan Zoro.

Selain Siong How, pasukan sewaan HSL juga dikhabarkan akan mengumumkan satu lagi penyewa besar, K11 Karaoke di aras dua bangunan yang sama.

Pasukan hartanah HSL juga sedang membuat perancangan untuk menambah tiga blok pangsapuri berharga pertengahan rendah hingga sederhana.

  • oleh
  • Advertisement