Anda di sini

Lebih 6,000 hadir majlis Lahad Datu Berselawat

Advertisement
 Lebh 6,000 hadir daripada warga Lahad Datu dan sekitarnya dalam majlis itu.
MERIAH: Lebh 6,000 hadir daripada warga Lahad Datu dan sekitarnya dalam majlis itu. - Gambar JaPen Lahad Datu.

LAHAD DATU: Lebih 6,000 orang terdiri penduduk di daerah ini dan sekitarnya hadir ke majlis ‘Lahad Datu Berselawat’ yang berlangsung di Dewan Sri Perdana, di sini, pada Jumaat.

Majlis yang membawa tema ‘Di Sini Bermulanya Cinta’ itu adalah salah satu pengisian sambutan Maal Hijrah Peringkat Daerah Lahad Datu, tahun ini.

Pengarah Program Dr. Mohd Ayub Yakub berkata, majlis ini berjaya menarik kehadiran orang ramai dan sambutannya cukup menggalakkan.

Katanya, ia dilaksanakan bagi menghidupkan sambutan bulan Muharram dengan mengingati peristiwa hijrah Nabi Muhammad SAW.

“Dengan alunan selawat keatas junjungan Rasullullah SAW yang diadakan secara besar-besaran ini diharapkan dapat memberi impak terhadap perpaduan dalam kalangan umat Islam.

“Kehadiran yang ramai daripada warga di daerah ini dan sekitarnya menandakan majlis sebegini mendapat tempat di hati umat Islam,” katanya.

 Antara tetamu kehormat yang hadir dalam majlis berkenaan. - Gambar JaPen Lahad Datu
HADIR: Antara tetamu kehormat yang hadir dalam majlis berkenaan. - Gambar JaPen Lahad Datu.

Mohd Ayub berkata, program berselawat memang sentiasa dilaksanakan di masjid-masjid sekitar daerah ini dan ia dijadikan majlis mingguan.

“Setiap hari Ahad, majlis ini dilaksanakan di Masjid Ar-Raudah dan Masjid Nurul Aman, manakala pada Sabtu di Masjid Kampung Kamis.,” katanya.

Turut hadir dalam majlis berkenaan, Pemimpin Politik di Daerah Lahad Datu; Pegawai Daerah Lahad Datu, Firuz Idzualdeen Benetty Mohd Dzul; Timbalan Ketua Polis Lahad Datu, Superintenden Azmir Abd Razak dan Imam Kariah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Lahad Datu, Ustaz Mohd Yunus Abu.

  • oleh
  • Advertisement