Anda di sini

Empat Pemenang Kejohanan Bonsai dan Suiseki - Terbuka Sarawak 2023 diumum

Advertisement
Abdul Karim menyampaikan hadiah Anugerah Paling Berpotensi SBA 2023 kepada Pengerusi SBA Johnson Jong. - Gambar Roystein Emmor
Abdul Karim menyampaikan hadiah Anugerah Paling Berpotensi SBA 2023 kepada Pengerusi SBA Johnson Jong. - Gambar Roystein Emmor

KUCHING: Empat pemenang bagi kategori utama dalam Kejohanan Bonsai dan Suiseki - Terbuka Sarawak 2023 telah diumumkan hari ini.

Kategori itu melibatkan Anugerah Paling Kreatif Persatuan Bonsai Sarawak (SBA), Anugerah Paling Berpotensi SBA, Piala Hock Seng Lee SBA dan Anugerah Persembahan Terbaik SBA.

Pemenang bagi kategori Anugerah Paling Berpotensi SBA 2023 dimenangi oleh Pengerusi SBA Johnson Jong.

Manakala kategori Piala Hock Seng Lee SBA 2023 dimenangi oleh Lee Kuok Hua.

Sementara itu, Wong Teck Choi memenangi dua kategori iaitu Anugerah Paling Kreatif SBA 2023 dan Anugerah Persembahan Terbaik SBA 2023.

Keempat-empat mereka adalah antara beberapa pemenang lain yang diadili oleh pakar dari Persatuan Bonsai dan Suiseki Malaysia (MBSS) dan SBA.

Kejohanan itu turut membawa masuk dua pakar Bonsai terkenal dari Taiwan, Zhang Yong Shou dan Xu Rong Chang sebagai juri untuk membuat penilaian.

Kedua-dua juri mempunyai kemahiran yang tinggi dalam menilai pelbagai jenis Bonsai, menjadikan sumbangan berharga kepada proses penghakiman.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah hadir menyampaikan piala kepada pemenang semasa acara perasmian Kejohanan Bonsai dan Suiseki - Terbuka Sarawak 2023 di La Promenade di sini, hari ini.

Kejohanan yang berlangsung dari 20 hingga 29 Julai itu dianjurkan oleh SBA dan dihoskan oleh La Promenade.

Menurut pengerusi penganjurnya, Hayes Teo penyertaan kali ini menerima sebanyak 185 tanaman daripada peminat bonsai dari Kuching hingga ke Miri.

“Justeru, tahniah diucapkan kepada semua 22 pemenang yang mana setiap mereka menerima pengiktirafan dalam kategori masing-masing termasuk empat pemenang yang memenangi anugerah utama dalam kejohanan ini.

“Malah, saya  juga ingin merakamkan penghargaan peribadi kepada HSL atas sumbangan mereka dalam menjadikan kejohanan ini hebat,” ujarnya.

Hayes berkata, ini kerana kejohanan tersebut menjadi platform terbaik untuk orang ramai menyelami seni bonsai yang menawan.

Hadir sama, Pengarah Eksekutif HSL Tony Yu dan Presiden SBA Johnson John.

  • oleh
  • Advertisement