Anda di sini

Unit AHB percuma galak literasi kewangan pelajar universiti

Advertisement
 Saifulbahari menyerahkan Unit Amanah Hartanah kepada Kasim semasa majlis terbabit.
SERAH: Saifulbahari menyerahkan Unit Amanah Hartanah kepada Kasim semasa majlis terbabit.

KOTA KINABALU: Penaja Amanah Hartanah Bumiputera (AHB), Pelaburan Hartanah Berhad (PHB), menyampaikan unit AHB bernilai RM20,000 kepada Universiti Malaysia Sabah (UMS). 

Pengarah Urusan Kumpulan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif PHB Mohamad Damshal Awang Damit berkata inisiatif ini bakal memberi manfaat kepada 200 pelajar Bumiputera UMS yang layak iaitu setiap pelajar akan menerima 100 unit AHB secara percuma. 

“Objektif inisiatif ini adalah untuk memupuk literasi kewangan dan menggalakkan pelajar memulakan pelaburan demi kemakmuran masa depan.

“Skim amanah saham AHB, yang ditawarkan oleh PHB, menunjukkan dedikasi syarikat dalam menyokong institusi pendidikan dan menggalakkan celik kewangan di kalangan golongan muda,” katanya semasa Majlis penyampaian unit AHB yang diadakan di Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Program diadakan sempena Minggu Pelaburan 2023 anjuran Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan. 

Turut hadir Timbalan Pengurus Besar merangkap Ketua Pengurusan Sumber Manusia Pelaburan Hartanah Berhad Saifulbahari Ab Rahman.

Sementara itu, Naib Canselor UMS Profesor Datuk Dr Kasim Mansor, merakam penghargaan dengan sumbangan PHB dan percaya inisiatif sebegini dapat membantu pelajar UMS dalam memupuk sikap positif terhadap aktiviti pelaburan.

Tambahnya usaha ini juga mampu melengkapkan pelajar dengan kemahiran yang diperlukan untuk membuat keputusan kewangan yang baik di masa hadapan.

Terdahulu Mohamad Damshal dan Profesor Adjung di UMS menyampaikan syarahan perdana kepada pelajar UMS bertajuk ‘Menilai Pasaran Hartanah Tempatan dan Global: Penilaian Semasa dan Trend Masa Depan’ dengan menawarkan pandangan berharga tentang dunia dinamik pasaran hartanah, di peringkat tempatan dan global. 

Kerjasama antara PHB dan UMS menandakan komitmen yang tidak berbelah bahagi syarikat untuk memupuk generasi akan datang selaku individu yang mempunyai kuasa kewangan. 

Dengan menyediakan akses kepada pelaburan unit amanah serta pandangan menyeluruh daripada pakar, PHB berhasrat untuk meletakkan asas yang kukuh kepada budaya tanggungjawab kewangan dan penciptaan kekayaan jangka masa panjang.

  • oleh
  • Advertisement