Anda di sini

Swiatek akan menentang Muchova dari Czech pada final Terbuka Perancis

Advertisement
Swiatek (atas) berjabat tangan dengan Maia selepas tamat perlawanan di antara mereka berdua pada separuh akhir Terbuka Perancis di Paris. — Gambar AFP
Swiatek (atas) berjabat tangan dengan Maia selepas tamat perlawanan di antara mereka berdua pada separuh akhir Terbuka Perancis di Paris. — Gambar AFP

PARIS: Juara bertahan dan pemain nombor satu dunia, Iga Swiatek akan menentang pemain bukan pilihan dari Czech, Karolina Muchova pada final Terbuka Perancis selepas menewaskan pilihan ke-14 dari Brazil, Beatriz Haddad Maia 6-2, 7-6 (9/7) pada Khamis.

Swiatek dari Poland, 22, memburu mahkota Roland Garros ketiga dalam tempoh empat tahun dan berhasrat untuk menjadi wanita pertama yang berjaya mempertahankan gelaran itu sejak Justine Henin pada 2007.

Dia merupakan wanita termuda yang berjaya mara ke tiga final Terbuka Perancis sejak Monica Seles pada awal 1990-an.

“Ia benar-benar menakjubkan. Ia hanya sukar untuk bermain kejohanan yang begitu panjang, untuk dapat bermain secara konsisten. Setiap tahun saya mempunyai keputusan yang baik di sini dan saya cukup teruja untuk hari Sabtu,” kata Swiatek.

Haddad Maia, wanita Brazil pertama dalam separuh akhir Grand Slam sejak pemenang utama tujuh kali Maria Bueno pada 1968, mematahkan Swiatek pada set pembukaan tetapi pemain pilihan utama itu mengambil alih tidak lama kemudian.

Swiatek memenangi lima daripada enam perlawanan seterusnya sebelum mematahkan Haddad Maia buat kali ketiga untuk menyimpulkan set itu.

Haddad Maia mendahului 3-1 pada set kedua tetapi Swiatek memenangi tiga perlawanan seterusnya.

Dia mendapatkan tiga mata kemenangan pada 4-4 dan menyelamatkan satu mata dalam tiebreak sebelum menghentikan perjuangan pemain kidal berusia 27 tahun itu yang tidak pernah berjaya melepasi pusingan kedua Grand Slam sebelum Terbuka Perancis ini. — AFP 
 

Advertisement