Anda di sini

Sektor swasta diseru tubuh lebih banyak hotel di Sarawak

Advertisement
Abdul Karim bercakap kepada pemberita pada sidang media di Kuching pada Jumaat.
Abdul Karim bercakap kepada pemberita pada sidang media di Kuching pada Jumaat.

KUCHING: Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah menyeru sektor swasta untuk menubuhkan lebih banyak hotel dan penginapan bagi menampung peningkatan jumlah pengunjung ke Sarawak.

"Kita memerlukan sektor swasta untuk tampil (dengan lebih banyak hotel), mungkin tidak semestinya hotel lima bintang, hanya tiga hingga empat bintang sudah memadai.

"Cuba tempah bilik di Damai atau di Sematan pada hujung minggu bukan mudah untuk mendapatkan bilik pada hujung minggu.

"(Bagi Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia (RWMF)), Damai Beach Resort pastinya telah penuh ditempah. Di tempat lain di Kuching, yang bertaraf lima bintang mungkin ada beberapa bilik, tetapi di bahagian perantara, bukan senang untuk mendapatkan bilik," ujarnya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Apresiasi Penaja dan Penyokong RWMF yang diadakan di sebuah hotel di sini, pada Jumaat. 

Secara positif, Abdul Karim menegaskan kadar penghunian tinggi di hotel-hotel sekitar Kuching adalah 'masalah baik' kerana ia mencerminkan industri pelancongan yang berkembang pesat di negeri ini.

"Saya sangat gembira dengan apa yang saya lihat sekarang, tetapi saya berharap keadaan (penghunian hotel) boleh menjadi lebih baik," katanya.

Bercakap mengenai RWMF edisi tahun ini, beliau berkata ia mendapat sambutan yang baik daripada pengunjung festival kerana tiket ‘early bird’ sudah habis dijual.

Dengan Forum Pengalaman Destinasi PATA (Pacific Asia Travel Association) dan Mart 2023 (PDFM 2023) yang akan diadakan dari 21 hingga 23 Jun, beliau yakin para peserta acara terbabit juga boleh menghadiri RWMF.
 

Advertisement