Anda di sini

SDNU minta maklum balas kerajaan negeri berhubung cadangan yang dikemuka 14 tahun lalu

Advertisement
Mawan (kiri) menerima cenderahati daripada Timbalan Pengarah RTM, Norjihan Yahya (kanan) di Nagabang Gawai RTM itu pada malam Jumaat.
Mawan (kiri) menerima cenderahati daripada Timbalan Pengarah RTM, Norjihan Yahya (kanan) di Nagabang Gawai RTM itu pada malam Jumaat.

KUCHING:Kesatuan Bangsa Dayak Sarawak (SDNU) meminta maklum balas daripada kerajaan negeri terhadap cadangan pihaknya berkenaan perkara berkaitan yang telah dikemukakan pada 14 tahun yang lalu.

Presidennya Tan Sri William Mawan berkata perkara itu adalah cadangan pengiktirafan dan penggunaan abjad Iban dalam sistem pendidikan Malaysia serta penubuhan sebuah institut.

Jelasnya, cadangan itu telah dikemukakan selepas penganjuran Forum Jako Iban pada 2011 yang mana SDNU telah membentangkan dua cadangan untuk pertimbangan dan tindakan.

"Saya ingin melihat semula perkara ini; Kementerian Pembangunan Sosial telah menganjurkan Forum Jako Iban pada 2011, dan pada masa itu, dua resolusi telah diluluskan.

“Salah satu daripadanya adalah untuk pengiktirafan dan penggunaan abjad Iban dalam sistem pendidikan Malaysia.

"Dan satu lagi untuk penubuhan sebuah institut di mana ia boleh menjadi tempat di mana perkembangan bahasa ibunda kita untuk diperkembangkan lagi.

"Saya ingin bertanya, ke mana perginya cadangan-cadangan itu. Kita tahu dan saya ingat, kita telah membentangkan (cadangan) itu kepada kerajaan," katanya pada program sambutan Ngabang Gawai di RTM di sini pada malam Jumaat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakan itu berkata, penubuhan institut berkenaan adalah baik untuk rakyat di Sarawak daripada perlu ke Institut Perguruan Sultan Idris di Perak, sebagai contoh.

Pada masa sama, Mawan berkata ia turut membantu dalam mewujudkan dan mengembangkan minat dalam bahasa etnik Sarawak, termasuk bahasa Iban.

“Jadi kami amat memerlukan Institut ini kerana perkara lain juga boleh diterokai dan dibangunkan.

“Dan SDNU ingin melihat semula kedua-dua cadangan ini yang telah kita bentangkan kepada kerajaan,” tambahnya.
 

  • oleh
  • Advertisement