Anda di sini

Program Juh Mansang dan Ngabang Raya UPMKB berlangsung meriah

Advertisement
Pengurusan kanan UPMKB merakam gambar bersama Prof Dr Shahrul (tiga kanan).
Pengurusan kanan UPMKB merakam gambar bersama Prof Dr Shahrul (tiga kanan).

BINTULU: Program Juh Mansang bersama Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) dan Ngabang Raya yang telah berlangsung meriah di Dewan Sri Kenyalang UPMKB pada petang Rabu.

Program tersebut turut dihadiri dan dirasmikan oleh Pengarah Kampus UPMKB Prof Dr Shahrul Razid Sarbini, Dekan Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan (FSPH) UPMKB Dr Zamri Rosli serta pengurusan kanan UPMKB.

Menurut kenyataan UPMKB, program itu menyediakan medium untuk ahli pengurusan UPMKB menyampaikan misi dan visi UPMKB serta membentangkan pencapaian UPMKB 2023 kepada staf selain beramah mesra antara satu sama lain.

Sebahagian mamahsiswa dan mahasiswi UPMKB dari pelbagai kaum menikmati juadah yang disediakan.
Sebahagian mamahsiswa dan mahasiswi UPMKB dari pelbagai kaum menikmati juadah yang disediakan.

"Ngabang Raya adalah budaya kunjung-mengunjung jelas masih tetap utuh dengan kehadiran masyarakat dari pelbagai kaum serta agama untuk menyambut bersama perayaan Hari Hari Raya Aidilfitri, Hari Gawai dan Hari Raya Aidiladha," tambah kenyataan tersebut. 

Katanya, ini merupakan keunikan masyarakat di Sarawak yang masih meraikan perayaan bersama sebagai tunjang perpaduan sejak sekian lama.

Kakitangan UPMKB merakam gambar kenangan.
Kakitangan UPMKB merakam gambar kenangan.

"Kemeriahan majlis ini diserikan dengan penglibatan semua warga UPMKB termasuk pelajar yang turut serta memakai pakaian tradisional masing-masing," katanya sambil berharap program ini akan membantu mengukuhkan ikatan tali silaturahim dan ukhuwah warga UPMKB untuk terus maju.
 

Advertisement