Anda di sini

Persatuan Kebajikan dan Usahawan Tavan anjur program amal

Advertisement
 Elaine bersama panel jemputan dalam pogram tersebut.
AMAL: Elaine bersama panel jemputan dalam pogram tersebut.

KOTA KINABALU: Persatuan Kebajikan dan Usahawan Tavan mengambil inisiatif mengadakan program amal untuk mengumpul dana untuk misi bantuan orang-orang asli di Sabah.

Pengerusinya, Elaine Wong berkata, pihaknya berbesar hati dapat menganjurkan program khidmat nasihat khususnya dalam bidang perubatan.

Katanya, program tersebut dikenakan bayaran sebanyak RM36 bagi setiap perkhidmatan selama program itu berlangsung.

“Mungkin orang tertanya-tanya mengapa kami mengenakan bayaran bagi setiap perkhidmatan walaupun ia adalah program amal.

“Bayaran tersebut adalah dana yang dikumpul dan digunakan sepenuhnya untuk misi kemanusian membantu orang asli di negeri ini,” katanya dalam kenyataan media, di sini semalam.

Menurutnya, seramai dua orang panel dijemput dalam program tersebut iaitu Dr Fong Kok Onn daripada Worldwide-T&CM Sciences Medical Centre Sdn. Bhd dan Datuk Seri Charles Hwang daripada Pusat Geomansi Tian Xin Ju.

  • oleh
  • Advertisement