Anda di sini

Pelajar SMK Tebakang catat keputusan cemerlang SPM terima insentif

Advertisement
Pelajar SMK Tebakang, Serian yang mencatat keputusan cemerlang dalam SPM menerima insentif pendidikan.
Pelajar SMK Tebakang, Serian yang mencatat keputusan cemerlang dalam SPM menerima insentif pendidikan.

KUCHING: Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tebakang, Serian yang mencatat keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) telah menerima insentif pendidikan baru-baru ini.

Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) yang dipetik sebagai berkata, insentif pendidikan itu adalah daripada sumbangan Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu yang diterajui oleh Yang Dipertua, Anthony Siong.

Menurut Timbalan Pegawai Pendidikan Sektor Perancangan Pejabat Pendidikan Daerah Serian, Patrick Mandon, insentif tersebut diberikan kepada 20 pelajar yang berjaya memperoleh keputusan 5A ke atas.

Katanya, inisiatif seperti ini berupaya untuk memupuk semangat dalam kalangan pelajar untuk mencapai kejayaan yang lebih tinggi.

“Kepada pelajar yang cemerlang mahupun kurang cemerlang, anda berhak meneruskan perjuangan sampai ke menara gading.

“Carilah tempat baru anda samada ke Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) atau Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

“Masa depan dan keinginan itu di tangan anda semua, tetapi pastikan anda memilih kursus atau jurusan pengajian yang betul dan ada di pasaran,”katanya dalam satu majlis ringkas bagi mengumumkan keputusan SPM 2022 di Dewan Tibakang, Serian pada Khamis.

Patrick memberitahu, SMK Tebakang masih berada di antara sekolah terbaik di Daerah Serian dengan rekod Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2022 yang mengagumkan.

“SMK Tebakang berjaya mempertahankan kedudukannya dengan Gred Purata Sekolah (GPS) 5.11 dengan 94.63 peratus layak untuk menerima sijil,”ujarnya.

Katanya, kejayaan ini dapat dicapai berkat usaha dan kegigihan para pelajar serta guru-guru yang terlibat dalam proses pembelajaran dan pengajaran.

Begitu juga tambahnya, pihak pentadbir sekolah yang sentiasa memberikan sokongan dan bimbingan turut menjadi faktor pencapaian pada kejayaan itu.
 

Advertisement