Anda di sini

Makanan tradisi mampu tarik kehadiran pelancong

Advertisement
CHEW KOK WOH
CHEW KOK WOH

SANDAKAN: Makanan tradisi dilihat mampu menjadi produk pelancongan dan menarik kehadiran pelancong luar ke negeri ini.

Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Karamunting, Datuk Chew Kok Woh berkata, banyak makanan tradisi yang boleh diketengahkan untuk dirasai oleh pelancong luar.

“Pelbagai makanan tradisi yang lazat dan memenuhi cita rasa orang ramai samada ia dalam kategori halal ataupun tidak.

“Saya percaya sekiranya ia dapat dipromosikan secara meluas, sudah pasti ia menjadi salah satu daya tarikan pelancong datang ke Sabah,” katanya dalam kenyataan media, di sini semalam.

Menurutnya, Sabah sejak dari dahulu terkenal dengan syurga makanan laut kerana mudah didapati dan harganya yang murah.

“Di daerah Sandakan, terutamanya di kawasan Batu Sapi dan Karamunting sudah terkenal menjadi lokasi makanan laut sejak tahun 1980 lagi.

“Kita dapat lihat di Sandakan banyak masakan makanan laut yang boleh didapati termasuklah menu masyakata Cina Bak Kut Teh,” katanya.

Beliau menasihatkan menteri dan semua wakil rakyat terutamanya Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KePKAS) dapat mengangkat makanan tradisi masyarakat Sabah.

  • oleh
  • Advertisement