Anda di sini

KDM mampu lakukan 'kejutan' pada PRN akan datang

Advertisement
 Peter (empat kanan) ketika di majlis berkenaan.
ALBUM: Peter (empat kanan) ketika di majlis berkenaan.

KOTA BELUD: Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) mampu melakukan 'kejutan' pada Pilihan Raya Umum Negeri (PRN) akan datang.

Presidennya, Datuk Peter Anthony yakin dengan perkara itu berdasarkan berdasarkan sokongan rakyat Sabah yang semakin meningkat terhadap parti berbilang kaum itu.

"Siapa sangka calon KDM berjaya menumbangkan presiden parti (PBS) di Parlimen Kota Marudu dalam PRU-15 yang lalu.

"Mengambil kira senario politik sekarang, jangan hairan KDM akan melakukan kejutan pada PRN Sabah akan datang," katanya ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Jawatankuasa Penaja Parti KDM Bahagian Kota Belud di Kampung Nanamun, Jalan Rampaian Laut, kelmarin.

Peter yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melalap berkata, jawatankuasa penaja KDM Kota Belud kini diterajui bekas Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Almudin Kaida. 

Turut hadir pada majlis itu Timbalan Presiden KDM Datuk Wetrom Bahanda dan Naib Presiden Henry Saimpon.

Menurutnya, walaupun tahun ini kempen politik masih belum bermula, namun beliau menjangkakan tahun depan gerakan untuk meraih sokongan rakyat akan bertambah rancak.

Beliau juga membayangkan akan bertanding lebih banyak Kerusi pada PRN, terutama di kawasan pedalaman dan Pantai Barat Utara Sabah.

"Meskipun parti kita KDM, parti kerdil tetapi kita bergerak seperti kura-kura (labi-labi) bergerak dengan semangat  'palan-palan' yang akhirnya mengecapi kejayaan," katanya.

Peter turut menyambut baik penyertaan Almudin ke parti KDM yang menurutnya telah merintis jalan kepada tertubuhnya KDM bahagian Kota Belud.

  • oleh
  • Advertisement