Anda di sini

Coronation II juara Piala Pesta Kaamatan RSTC 2023

Advertisement
 Peter (enam kiri) bersama pemenang utama Piala Pesta Kaamatan RSTC 2023 merakamkan gambar kenangan.
TAHNIAH: Peter (enam kiri) bersama pemenang utama Piala Pesta Kaamatan RSTC 2023 merakamkan gambar kenangan.

KOTA KINABALU: Coronation II mencul juara pada perlumbaan Piala Pesta Kaamatan Kelab Lumba Kuda Diraja Sabah (RSTC) 2023 yang diadakan di Padang Lumpa Kuda Tambalang Tuaran baru-baru ini.

Dengan Clinton sebagai joki, Coronation II yang dimiliki Michael Houng berjaya menewaskan pencabar terdekat iaiu Smart Lad dan One Kinabalu di perlumbaan sejauh 1,400 meter.

Smart Lad dan One Kinabalu masing-masing ditempat kedua dan ketiga, manakala Blarney Pink ditempat keempat.

Sejumlah 11 kuda kelas pertama dan kedua terbuka dengan rating 69 sehingga 121 menyertai perlumbaan berkenaan.

Juara utama pertandingan akan menerima hadiah kemenangan bernilai RM21,000. Kedua sehingga keenam masing-masing akan membawa pulang RM8,200, RM4,000, RM1,800, RM800 dan RM250.

Hadiah kemenangan untuk joki adalah RM2,100 (johan) diikuti RM800, RM400, RM200, RM100 dan RM50 untuk tempat kedua sehingga keenam.

Dalam pada itu, Pengerusi RSTC Datuk Peter Chin berkata, penganjuran perlumbaan berkenaan disifatkan berjaya dan mengucapkan terima kasih kepada penaja ILS Stable, Lu Jiunn dan Equine Nutrition Austaralasia Sdn Bhd.

Beliau kemudian menyampaikan hadiah-hadiah kepada para pemenang. Hadir sama adalah ahli-ahli jawatankuasa RSTC.
 

  • oleh
  • Advertisement